Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin April 2, 2024 @ 2:53pm

“Saya Mengaku Sebagai Scammer, Tapi…” – Datuk Red Akui Khilaf, Kini Gigih Berusaha Kumpul Duit Lunaskan Hutang

Susulan kisah rumah tangganya dan status kehidupannya kini, bekas suami penyanyi Adira Suhaimi iaitu Datuk Adenan Abu atau lebih dikenali sebagai Datuk Red mengaku dia sebenarnya merupakan seorang scammer.

Katanya memetik laporan Harian Metro, pengakuan itu dibuat bagi memuaskan hati netizen dan individu yang mendakwa dirinya menjadi mangsa penipuannya dalam urusan jual beli tanah sebelum ini.

“Ya! saya mengaku sebagai ‘scammer’ tapi ‘scammer’ yang baik jika itu jawapan yang boleh memuaskan hati netizen dan pihak terbabit.

“Sebab orang memang dah kecam pun, saya nafikan pun orang cakap juga, ini ‘scammer’ akhir zaman lah, jadi saya mengaku sajalah,” katanya.

Dalam pada itu, Datuk Red mendedahkan, dia kini sedang berusaha untuk melunaskan hutang individu terbabit sekaligus berharap agar dia diberikan masa.

“Selagi saya tak mengaku selagi itulah orang akan bercakap.

“Saya tak suka nak bangkang semua ni sebab banyak lagi benda yang saya nak fikir dan macam mana saya nak bangkit semula.

“Mana ada ‘scammer’ yang nak mengaku penipuannya itu? Sebab itu saya cakap, saya ‘scammer’ yang baik.

“Lagipun, saya baru enam hari mula bekerja takkanlah saya boleh selesaikan hutang hampir RM7 juta dalam tempoh singkat? Cubalah doa yang baik-baik buat saya,” jelasnya.

Terdahulu, Datuk Red  kelihatan sedang giat mempromosikan kuih raya keluarannya menerusi platform TikTok.

ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] Muncul Dalam Live TikTok Bersama, Datuk Red Terharu Adira Bantu Promosi Kuih Raya – “Insya-Allah, Harap Ada Sinar”

ARTIKEL BERKAITAN:Sebak! Datuk Red Merayu Beri Peluang Nak Beraya Dengan Anak-Anak & Isteri Sebagai Suami Buat Kali Terakhir -“Andai Jodoh Kita Tak Panjang…”

ARTIKEL BERKAITAN:“Happy For You, Sentiasa Doakan Yang Terbaik” – Luah Rasa Bangga, Adira Suhaimi Ucap Selamat Bekerja Pada Datuk Red

 

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 8 Jun 2023

[VIDEO] Isu Hina Kereta Biasa, Fatin Afeefa ‘Menganjing’ Suami… Netizen Harap Kekal Tabah Bersama Opai – “Tak Selamanya Di Atas Bro”

Memang win betullah Fatin Afeefa ni 🤣🤣 Dia je power perli suami sendiri hahah sabar yaa

Events Fri, 15 Jul 2022
Featured Wed, 7 Nov 2018

Lelaki ini Sesak Nafas Lalu Maut 10 Minit Selepas Menerima Rawatan Urut Thai

Eh, Thai massage pun boleh membahayakan sampai begitu sekali?

Featured Sat, 16 Dec 2023
Trending Mon, 6 May 2019

Mimpi Gaung Api Dan Hari Kiamat, Youtuber Ini Kongsi Kisah Penghijrahan Ramadhan

wanita ini mengakui pernah bermimpi kejadian aneh seperti peristiwa hari kiamat dan bermimpi seakan dirinya jatuh ke dalam gaung api

Acara Tue, 7 Mar 2023
Featured Tue, 2 Sep 2025

Duda Anak Dua Didakwa Kekasih Baru Nora Danish?

‘A new chapter, Bismillah’ – Nora Danish

Acara Thu, 18 May 2023

Pertama Kali Datang Ke Malaysia, Andmesh Jatuh Cinta Dengan Mi Goreng Mamak & Teh Ais

Terbaiklah Andmesh! Mi goreng mamak, teh ais siappp!🤣

error: Content is protected !!