Euforia Bola 2026
Trending By: Maya Basir June 7, 2022 @ 2:53pm

“Saya Nak Runtuhkan Rumah…” – Kak KM Beli Banglo RM5 Juta, Netizen Kata Menunjuk

Usahawan sensasi, Kak KM atau nama sebenarnya, Liana Rosli akhirnya berjaya memiliki sebuah rumah lot banglo bernilai RM5 juta.

Namun begitu, anak kepada dramatis veteran Norman Damanhuri ini tidak terlepas daripada kecaman apabila dikatakan sengaja mempamerkan kemewahan di media sosial.

Melalui perkongsiannya di Instagram Reels, ahli keluarganya membuat kejutan dengan menyerahkan kunci rumah ketika dia datang meninjau banglo tersebut.

Kak KM memberitahu urusan pembelian rumah dan tanah banglo mewah yang terletak di Ampang, Kuala Lumpur berharga RM5 juta itu sudah dilakukan sejak dua tahun lalu dan dia secara rasmi menerima kunci rumah pada Ahad.

Menurut Kak KM, dia enggan ambil peduli kecaman netizen dan berharap apa yang dikongsi itu dapat memberi inspirasi kepada orang ramai untuk berusaha lebih gigih dalam mencapai sesuatu impian.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by lianarosli (@lianarosli_official)

“Syukur dengan rezeki yang diberikan. Tuhan mendengar doa selama ini. Kalau sentiasa berbuat baik pasti ada rezeki.

“Kalau ada yang tak suka tengok perkongsian saya itu, tutup sahaja media sosial. Sejujurnya saya kongsi bukan untuk menunjuk-nunjuk tetapi mahu beri inspirasi supaya orang lain turut berusaha lebih kuat lagi untuk memiliki apa yang dihajati.

“Lihatlah dari sudut positif. Bersainglah secara sihat untuk capai sasaran sendiri, bukan hanya sekadar kecam dan cakap kosong sahaja,” kata Kak KM.

Bagaikan tidak dapat lari daripada kecaman, Kak KM juga sudah lali dengan lemparan kata-kata negatif netizen.

“Usahawan seperti saya memang selalu kena kecam. Tidak kisahlah apa orang hendak katakan, saya hanya lihat dari sudut positif. Semakin dikecam semakin ramai kenal produk saya.

“Sebenarnya orang yang selalu kecam inilah ada masalah cemburu. Apa salah sesekali ucap tahniah atas kejayaan orang lain,” ujarnya.

Tambah Kak KM, dia akan melakukan proses ubah suai terlebih dahulu mengikut citarasa sendiri sebelum pindah masuk rumah itu.

“Saya nak runtuhkan rumah tersebut dan bina sebuah rumah baharu. Saya tak suka nak tinggal di tempat yang pernah didiami oleh orang lain sebelum ini.

“Perancangannya mahu bina rumah dua tingkat dan mesti ada kolam renang. Apa yang penting adalah selesa untuk kami sekeluarga tinggal,” jelasnya.

Sumber: mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Cahaya Mata Thu, 27 Oct 2022

“Manja Tak Kami?” – Berjoget Anak Beranak, Netizen Simpati Nasib Cahaya Mata Aliff Syukri

Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman sekali lagi menjadi perhatian umum apabila aksi berjoget bersama dua orang anaknya iaitu Qadejah El Zahra dan Ammar Ahyyan tular di media sosial. @aliffsyukriterlajaklarisManjaaa tak kami??♬ No comment […]

Featured Thu, 7 Jul 2022

“Kalau Dah Bernafsu, Berdiri Tegak Pun Nampak Ghairah…” – Beby Acha Akui Susah Nak Tutup Mulut Netizen

Tarian gelek sangat sinonim dengan penyanyi dangdut sehinggakan ada segelintir masyarakat yang menganggap ia mampu mendatangkan perasaan ghairah dalam kalangan penonton. Namun, menurut penyanyi Beby Acha atau nama sebenarnya, Nur Aishah Md Shari, 31, perkara […]

Hiburan Fri, 6 Mar 2026

Belum Terfikir Nak Kahwin, Nadhir Nasar Mahu Jaga Mak Ayah Dulu – “Kalau Jodoh Datang Pun, Saya Masih Boleh Duduk Dengan Mereka”

Nadhir berkata, keputusan untuk terus tinggal bersama ibu bapanya adalah janji yang dibuat kepada dirinya sendiri

Hiburan Fri, 13 Dec 2019
Trending Thu, 10 Dec 2020
Featured Fri, 22 Dec 2023
Featured Thu, 12 Jan 2023
error: Content is protected !!