Euforia Bola 2026
Trending By: Khairil Khusyairi August 17, 2022 @ 11:27am

“Saya Tahu Apa Saya Buat” – Michael Ang Nafi Suntik Botoks, Dedah Pernah Tanam Benang Pada Hidung

Nama Michael Ang sering menjadi sasaran pertanyaan wargamaya mengenai perubahan pada wajahnya.

Terbaharu, Michael Ang didakwa membuat pembedahan di bahagian muka dan menyuntik botoks.

Membidas dakwaan itu, Michael tampil memberi penjelasan bahawa dirinya pernah menjalani prosedur menanam benang pada hidung, dua tahun lalu.

“Hampir setiap hari saya menjawab pertanyaan netizen tentang perkara ini di Instagram Live. Kalau ada yang mempertikai, saya enggan ambil pusing. Saya tahu apa yang saya buat.

“Saya bukannya buat pembedahan pecahkan rahang atau menyuntik botoks dan sebagainya. Perubahan itu hanyalah sementara dan akan hilang selepas dua tahun. Tidak kekal pun,” katanya.

Pengarah terkenal itu juga turut mendedahkan dia melakukan prosedur menanam benang pada hidung hanya sekadar ingin mencuba.

“Saya akan berlaku jujur, maklumkan yang sebenarnya kepada netizen. Saya tanam benang pada hidung dan melakukannya sekadar ingin mencuba.

“Tidak pernah pula netizen menyerang saya kerana perkara ini. Kalau ada sekalipun, mungkin mereka yang dalam kalangan ‘ahli syurga’.

“Jika masih ada yang mempersoalkan halal dan haram tindakan saya ini, terpulanglah kepada mereka. Lagipun, ia tidak melibatkan sebarang prosedur merubah bentuk wajah secara kekal,” katanya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: “Watak Cacat Pun Nak Pelakon Yang Elok” – Michael Ang Terpaksa Akur Dengan Selera Penonton

Sumber: Utusan

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 28 May 2021

Jom Beraya Dengan Salman Khan! Saksikan Radhe di tonton CINEMA

Jangan bersedih sebab tidak dapat pulang ke kampung sempena Aidilfitri kali ini kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau bosan duduk di rumah. Superstar Bollywood, Salman Khan mahu mengajak semua peminatnya untuk beraya bersama di tonton […]

Trending Mon, 25 Feb 2019

Malaysia menjadi sasaran utama pedofil asing, ini cara anda untuk mengubahnya!

Sikap rakyat Malaysia sendiri adalah antara punca perkara ini berlarutan.

Hiburan Tue, 20 Jun 2023
Hiburan Thu, 27 Nov 2025
error: Content is protected !!