Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin September 23, 2025 @ 2:27pm

“Saya Tak Akan Maafkan Mereka Yang Mengaibkan Saya & Keluarga”- Linda Rafar

Baru saja mahu menarik nafas lega selepas kejayaan konsert, anggota kumpulan Elite, Linda Rafar meluahkan rasa terkilan dengan tindakan segelintir pihak yang mencela dirinya serta keluarga.

Menurut Linda, dia terbuka menerima sebarang teguran berkaitan Konsert Elite yang berlangsung pada Sabtu lalu. Namun, penyanyi itu tegas tidak akan memaafkan netizen yang melontarkan komen berbaur hinaan dan melampaui batas.

“Dengan rasa rendah hati saya terima semua kritikan positif tetapi saya takkan maafkan mereka yang bagi kata-kata celaan serta mengaibkan diri serta keluarga.

“Saya takkan maafkan anda sampai bila-bila selagi anda semua tidak mintak maaf pada saya sendiri,” katanya.

Perkara itu dikongsi Linda menerusi hantaran di Threads miliknya.

Dalam masa sama, penyanyi lagu Trauma itu menyifatkan kejayaan konsert yang diadakan di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur sebagai hadiah istimewa buat peminat setia mereka selepas lebih 25 tahun berkecimpung dalam industri.

“Konsert Elite ini hanya untuk peminat saya yang setia menantikan kemunculan saya selepas 25 tahun. Kepada semua peminat sejati saya, saya sayang kalian.

“Segala yang buruk semua daripada saya dan yang terbaik hanya pada Allah SWT,” kongsinya.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata warganet menasihatkan agar Linda tidak mengambil pusing dengan komen-komen jelik yang ditinggalkan.

Terdahulu, Elite tampil bertenaga menghiburkan peminatnya menerusi rangkaian lagu hits mereka di Konsert Elite Live ‘25 pada Sabtu sekali gus mengimbau kembali zaman kegemilangan mereka pada era 1990-an.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 25 Jan 2025
Hiburan Wed, 29 Aug 2018

Pengarah Filem Kalla Tarik Diri, Apa Kata Penerbit?

Saya harus akui bimbang dengan kos perbelanjaan, berikutan setakat ini untuk filem Kalla saja boleh dianggarkan pelaburan dibuat mencecah RM3 juta.

Hiburan Mon, 18 Sep 2023
Hiburan Mon, 22 Apr 2019

Ramai Terkejut Lofa Boleh Menari!

Bukan main lofa menari kan?

Hiburan Tue, 21 Apr 2026

Sabri Yunus Kembali Dengan Karakter ‘Lembut’ Dalam Filem Libang Libu – “Saya Sanggup ‘Bayar’ Untuk Watak Ini”

Kelakar sungguh aksi Sabri Yunus bawa karakter lelaki warga emas berperwatakan lembut dalam filem Libang Libu, memang mencuit hati!

Trending Wed, 25 Nov 2020
error: Content is protected !!