Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi July 5, 2025 @ 2:30pm

“Saya Tak Pernah Burukkan Bekas Suami” – Sheila Majid Larang Anak-Anak Menentang Roslan Aziz

Penyanyi terkenal, Datuk Sheila Majid, menegaskan dia tidak pernah sekali pun mempengaruhi anak-anak untuk menentang bapa mereka, komposer Roslan Aziz biarpun rumah tangganya terdahulu tidak berkekalan.

Menerusi podcast Kita Kita Aje dikendalikan oleh Datuk Aznil Nawawi, Sheila berkata sebagai ibu, dia bertanggungjawab memastikan anak-anaknya iaitu Kayda dan Megat Abdul Majid untuk kekal menghormati kedua-dua ibu bapa tanpa mengheret mereka dalam isu peribadi.

“Saya ajar mereka, itu ayah mereka. Jangan sesekali menentang atau membenci. Masalah antara saya dan bekas suami, tidak seharusnya melibatkan anak-anak.

“Saya juga sentiasa ingatkan mereka, layan saya sebagai ibu dan layan dia sebagai ayah. Saya tidak pernah bercakap buruk mengenai bapa mereka,” katanya.

Tambah Sheila, dia percaya anak-anak kini sudah cukup matang untuk menilai dan memahami situasi sebenar, tanpa perlu dipengaruhi atau dicucuk oleh mana-mana pihak sejak kecil.

“Saya pilih untuk kekal neutral. Nilai yang saya terapkan dalam diri mereka adalah adab, karakter, sopan santun, agama dan rasa hormat. Itu yang paling penting bagi saya,” katanya lagi.

@kitakitaajepodcast

“The issue is between me and him. Not the children”. Stay tuned untuk episod malam ini, bersama Datuk Sheila Majid ✨ 🔥 Eksklusif di Kita-Kita Aje Podcast 📆 Khamis | 3 Julai 2025 ⏰ 8:00 malam Follow & Subscribe sekarang Youtube dan Spotify rasmi Kita Kita Aje! Podcast sekarang! #KitaKitaAjePodcast #SheilaMajid #PodcastViral

♬ original sound – Kita Kita Aje! Podcast – Kita Kita Aje! Podcast

Penyanyi yang popular menerusi lagu Sinaran itu turut menjelaskan dia tidak pernah menghalang bekas suami, Roslan yang kini menghidap kanser limfoma untuk berjumpa anak-anak, malah hubungan mereka kekal terbuka.

“Tiada sebarang sekatan. Dia boleh datang bila-bila masa yang dia mahu. Cuma, itu semua bergantung pada pilihan dia sendiri.

“Anak-anak pun setiap hari akan berjumpa dengan dia di Keramat,” ujarnya.

Sheila turut menyatakan kekuatan dirinya banyak disokong oleh keluarga, selain bergantung penuh kepada keimanan dan keyakinan kepada Allah SWT.

“Saya ada ibu dan keluarga yang sentiasa menjadi tulang belakang. Saya serahkan semuanya kepada Allah. Walaupun ramai anggap saya melalui fasa yang sukar, tetapi saya laluinya dengan tenang. Alhamdulillah,” katanya.

Mengulas mengenai pelbagai spekulasi dan cerita kurang enak yang dilemparkan terhadap dirinya, Sheila berkata dia memilih untuk tidak melayan perkara negatif.

“Terlalu banyak cerita buruk yang disebarkan mengenai saya. Tapi saya tidak pernah memberi sebarang kenyataan balas kerana tiada keperluan.

“Yang penting, ibu saya tahu siapa saya, anak-anak tahu dan rakan-rakan rapat tahu siapa saya sebenarnya,” katanya lagi.

Sekadar info, Sheila dan Roslan berkahwin pada 1989 namun bercerai pada 2000 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Kayda dan Megat Abdul Majid.

Sheila kemudian mendirikan rumah tangga bersama komposer, Datuk Hashridz Murshim Hassim atau lebih dikenali sebagai Acis pada 2003.

Mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Khadeja Zaireen dan Khalifa Laila.

Sumber: Kita Kita Aje Podcast

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 25 Nov 2025

“Saya Nak Maafkan Atau Tak, Itu Rahsia Saya Dengan Allah” – Fazura

Fazura memilih untuk tidak mengambil pusing terhadap kritikan dan kata-kata kurang manis yang dilemparkan kepadanya sejak kebelakangan ini.

Hiburan Tue, 23 Jan 2024
Trending Wed, 9 Sep 2020
Hiburan Fri, 29 Nov 2024

Simpati Dengan Nasib Mangsa Banjir, Fattah Amin Beri Peluang Peminat Kirim Doa

Berada di Tanah Suci, Fattah Amin ingat mangsa banjir

Hiburan Mon, 2 Dec 2024
Hiburan Thu, 14 Feb 2019

Zarina Losing Her Cool After Her Son’s Struck Incident

Let’s hope things will get better for Zarina

Hiburan Tue, 18 Feb 2025
Hiburan Fri, 1 Mar 2019

这个周末约定你!倪安东《Anthology Vol.I》第二波宣传

倪安东携新作《Anthology Vol.I》3月2日及3日一连两天,来马进行第二波宣传!

error: Content is protected !!