Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida April 16, 2019 @ 1:29pm

‘Saya Tak Sengaja’- Lan Pet Pet Mahu Mohon Maaf Dengan Pakcik Yahya

” Saya berjanji kesilapan yang sama tidak akan berulang. Makilah, hamunlah… Saya terima dengan reda. Saya mohon maaf dengan hati yang ikhlas,” kata pelawak Mazlan Ahmad atau Lan Pet Pet memohon maaf atas kesilapannya memaki pengawal keselamatan, baru-baru ini.

Kata selebriti berusia 49 tahun itu, dia dengan rendah diri memohon maaf daripada pengawal keselamatan bernama Yahya Manap dan bersedia berjumpa dengan lelaki itu.

” Saya dengan rendah diri memohon maaf daripada Yahya dan keluarga. Saya ikhlas dan sanggup berhadapan apa sahaja… Saya silap dan bodoh ketika itu.

” Saya sanggup berhadapan Yahya dan keluarganya. Apa yang lebih penting, saya dapat bertemu, meleraikan kekusutan dan memohon maaf.

” Selebihnya terserahlah kepada Yahya… Saya terima dengan hati terbuka,” katanya kepada BH Online.

Pagi tadi, anggota kumpulan lawak, Senario itu didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret Seremban selepas mengaku salah memukul pengawal keselamatan berkenaan.

Lan mengaku bersalah atas pertuduhan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang dibacakan di hadapan Majistret Mayon Yusof, pagi tadi.

Mazlan mengaku melakukan kesalahan itu di Acacia Park Desa Jati, Nilai, pada 6 April lalu. Dia kemudian membayar denda, tengah hari tadi.

Mazlan berkata, dia tidak menjangka insiden itu berlaku dan pantas viral.

” Saya tidak sengaja bertindak sedemikian. Saya hanya manusia biasa, tidak lepas daripada melakukan kesilapan,” katanya yang menghormati Yahya seperti ayahnya.

Tambah Mazlan, dia memerlukan sedikit masa untuk meleraikan kekusutan ini dan bersedia bertemu dengan Yahya.

Pelawak kelahiran Kedah itu berkata, dia banyak belajar daripada kesilapan itu.- BH Online.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

OMG Thu, 30 Aug 2018

Sambut Hari Kemerdekaan Bersama Ice Watch!

Ice Watch Malaysia memperkenalkan koleksi jam tangan edisi terhad paling istimewa? Nak tahu rupa bentuk Ice Watch istimewa kali ini, jangan lupa klik artikel ni okay!

Featured Fri, 9 Feb 2024
Hiburan Wed, 28 Mar 2018

16 Korean Idols Who are Making a Comeback in April

Here’s the full list of Korean idols who are making a comeback in April. The dates are listed too!

Featured Sat, 28 Jun 2025

Malam Penuh Magis, Stacy Gegar SICC Dalam Konsert Solo Pertama di Sabah.. Tampil Dengan 10 Busana Berbeza

Lebih 3,000 peminat membanjiri dewan untuk konsert Aku Stacy di KK.

Hiburan Mon, 22 Sep 2025
Hiburan Thu, 15 Sep 2022
Hiburan Sat, 19 Oct 2024
error: Content is protected !!