Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin August 3, 2021 @ 9:45am

Selepas Berjaya Dengan Single Pertama, Madam Tampil Dengan Musnah

Selepas dikenali menerusi lagu Luka yang meraih lebih 5.1 juta tontonan di laman YouTube, kumpulan Madam kini tampil dengan single kedua yang berjudul Musnah.

Dianggotai empat jejaka berbakat besar yang terdiri daripada Putera (vokalis), Azuan (pemain bass), Herman (pemain dram) dan Fadhil (pemain gitar), Musnah dicipta oleh Amy Bong dan Zimi Sofazr.

“Kami sangat bersyukur dengan sambutan luar biasa yang diberikan oleh rakyat Malaysia terhadap Madam.

“Segala kerja keras kami berempat selama ini akhirnya membuahkan hasil apabila band kami mula mendapat tempat di hati penggemar muzik tempatan.

“Musnah dilancarkan melalui sebuah kerjasama antara Rocketfuel Entertainment dan JOOX, sebuah aplikasi penstriman atas talian yang popular. Kerjasama itu terbukti berjaya apabila lagu tersebut memperoleh jumlah penstriman yang begitu tinggi sekali.

“Kami sama sekali tidak menjangkakan respon sebegini pada mulanya. Namun dengan kepercayaan yang diberikan oleh pihak label, kami beranikan diri dan mencuba nasib. Alhamdulillah, ia membuahkan hasil yang tidak sia-sia,” kata Putera.

Walaupun Madam mula diperkenalkan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ia sedikitpun tidak mematahkan semangat mereka dalam menghasilkan karya-karya yang bermutu.

Pandemik COVID-19 yang melanda dunia bukanlah alasan bagi mereka untuk berdiam diri dan terus merebut peluang yang diberikan dalam dunia serba digital sekarang.

“Ramai yang mengenali Madam sebagai sebuah band rock, tetapi bermacam genre lain yang ingin kami cuba dan belum diterokai namun dalam masa yang sama masih mengekalkan elemen rock.

“Jangan lupa untuk menantikan karya terbaru yang bermutu daripada kami tidak lama lagi. Kami berharap agar peminat muzik di luar sana terus memberikan sokongan yang padu dalam usaha Madam memartabatkan muzik Malaysia,” kata Fadhil.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 12 Feb 2025

Shuib Kini Berhutang Puluhan Juta Ringgit – “Banyak Perkara Perlu Diperbaiki”

Namun begitu, Shuib mendakwa perniagaannya masih berada dalam keadaan yang baik.

Featured Wed, 12 Jan 2022

Jumpa Individu Persis Arwah Abam, Fad Bocey Ubati Rindu

Pemergian pelawak dan penghibur Allahyarham Abam Bocey atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan hampir dua tahun lalu meninggalkan kesan di hati peminat. Perkara sama pasti dirasakan oleh rakan seperjuangannya, Fad Bocey. Seorang […]

Hiburan Tue, 8 Oct 2019

Akhirnya, Ini Pengarah Filem Biopik Hasmah ‘Bila Deh Bertemu Det’

Tak sabar nak tau siapa pengarah filem biopik Tun Hasmah dan Che Det!

Hiburan Sun, 18 Sep 2022
Featured Thu, 21 Aug 2025
Hiburan Mon, 2 Sep 2019

Pelakon Jumanji Perlu Pembedahan

Pasti remuk hatinya melihat keadaan ‘buah hatinya’ itu

Featured Wed, 10 Jan 2024
error: Content is protected !!