Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi September 27, 2023 @ 6:20pm

Sering Terbang Ke Luar Negara & Takut Dengar Kes Rumah Tangga, Nur Dhabitah Beri ‘Pesanan’ Pada Jiggy Masin

Atas tuntutan kerja, suami isteri terpaksa berpisah dan teruskan perhubungan jarak jauh. Itulah fasa yang dilalui pelakon dan pengacara, Jiggy Masin kerana isterinya yang juga atlet terjun negara, Nur Dhabitah Sabri sering ke luar negara.

Menurut laporan Harian Metro, Jiggy turut menerima ‘pesanan’ daripada isterinya itu malah memahami situasi yang dihadapi mereka kerana mahligai perkahwinan yang seharusnya dilayari bersama seolah terpisah dek kerana jarak dan tempoh.

“Sekarang, Dhabitah bimbang juga terhadap saya kerana dia selalu berpesan agar menjaga diri dengan baik. Pesanan itu bukan sebab dia anggap saya tidak baik atau orang sekeliling yang tidak baik, tapi sebagai peringatan untuk lebih berhati-hati.

“Sebab, benda kalau nak jadi kita tak tahu. Macam kes-kes (rumah tangga) sekarang ini banyak yang kita tengok orang yang tak disangka-sangka terbabit.

“Itu yang sedikit-sebanyak timbul kebimbangan kepadanya,” katanya.

Lima bulan melayari bahtera perkahwinan bersama, bekas suami kepada pengacara Elly Ariffin ini sangat menyenangi sikap Dhabitah yang terbuka dan bersungguh mencari ilmu.

“Banyak yang Dhabitah membuka mata saya terutama membabitkan pengetahuan agama. Dia banyak bertanya dengan saya berkaitan ilmu keagamaan yang membuatkan saya kagum dengan dirinya.

“Dia ada kesungguhan nak tahu apa yang dia tak tahu mengenai ilmu agama. Termasuk, dia juga sering mengajak saya mengikuti kelas mengaji al-Quran yang menjadikan saya teruja melakukannya bersama,” katanya.

Jiggy juga tidak menghalang Dhabitah untuk mengejar impian dalam karier sukan sebagai penerjun negara.

Terdahulu, Jiggy dan Dhabitah Sabri sah bergelar suami isteri pada 28 April lalu dalam sebuah majlis tertutup.

Untuk rekod, Jiggy pernah mendirikan rumah tangga dengan Elly pada 9 September 2016 namun bercerai pada 30 Januari 2020.

ARTIKEL BERKAITAN: Elly Ariffin Ucap Tahniah Kepada Bekas Suami & Dhabitah, Titip Pesan Dalam Perkahwinan – “Kunci Rumah Tangga Adalah…”

ARTIKEL BERKAITAN: 2 Tahun Berkenalan, Jiggy Masin Tamat Zaman Duda Dengan Dhabitah Sabri

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Berpelukan Sebelum Berangkat Ke China, Dhabitah Sabri & Jiggy Masin Diusik Netizen Macam Siblings Gara-Gara Beza Ketinggian – “Ni Mesti Hantar Adik Kan?”

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 21 Aug 2023
Featured Wed, 8 May 2024
Trending Sat, 20 Feb 2021

PdPR Menerusi DidikTV, Adakah Ia Membantu? Ini Komen Guru-Guru

DidikTV Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) merupakan inisiatif yang baik dalam sistem pendidikan negara dan berfungsi sebagai platform penting bagi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR). Program pendidikan maya melangkaui bilik darjah menerusi DidiKTV KPM ini juga […]

Cahaya Mata Thu, 12 Jan 2023

“Cinta Pertama Anak Perempuan Adalah Ayahnya” – Comelnya Gelagat Anak Izara Aishah Manja Bersama Adib Khalid!

Keletah comel anak kepada pelakon Izara Aishah, Irisa Alaia yang terlalu manja bersama bapanya, Muhammad Adib Khalid mencuri tumpuan. @izaraaishahofficialNo man will ever love her more than her baba. ♬ original sound – Umer baba […]

Hiburan Mon, 27 Jan 2025

Rumah Bersepah Seperti Hutan, Barang Bertimbun Angkara Princess Suzie, Pemilik Dakwa Rugi RM33,000!

Princess Suzie didakwa tak bayar sewa, rumah sewa bertimbun seperti hutan

Trending Mon, 9 Nov 2020
Featured Wed, 2 Nov 2022

Pesanan Ustazah Asma Harun Buka Mata Wargamaya – “Sahabat Yang Baik Sentiasa Bersama”

Pendakwah bebas, Ustazah Asma’ Harun sekali lagi meraih tumpuan warganet kerana memberi sedikit pencerahan berkaitan sahabat sejati. @kittymeow656 Assalamualaikum.. #dakwah #islam #ustazahasmaharun #sahabat #allah #subhanallah #alhamdulillah #foryou #sahabatsejati #fyp ♬ original sound – Lina 442 […]

Hiburan Fri, 23 Mar 2018

Hubungan Dua Tahun Bermasalah? Intan Terkejut Kenyataan Ude

Sekiranya benar Ude tidak bahagia dengan saya, adakah selama ini dia sekadar berlakon?

Trending Thu, 30 Aug 2018

Nenek Usia 78 Tahun Hamil Anak Pertama

Warga emas berusia 78 tahun itu dikhabarkan hamil lima bulan dan perkara ini disahkan oleh suaminya, Ade Irawan.

error: Content is protected !!