Euforia Bola 2026
Kisah Viral By: Aqilah Paharuzi August 14, 2024 @ 12:28pm

Shah Firdaus Dedah Mesej Shinji Nakano Selepas Diserang ‘Tentera Bawang’ – “Saya Ingat Orang Malaysia Baik-Baik Belaka” 

“Saya ingat orang Malaysia baik-baik belaka,” demikian mesej yang diterima pelumba berbasikal trek, Shah Firdaus Sahrom daripada pelumba Jepun, Shinji Nakano.

Ia susulan tindakan ‘tentera bawang; Malaysia yang menyerang akaun media sosial Nakano selepas insiden perlumbaan final acara Keirin di Sukan Olimpik Paris 2024.

Ramai mendakwa Nakano ‘sengaja’ melanggar Shah sehingga meleburkan harapan pelumba berusia 28 tahun itu untuk menamatkan saingan di pentas podium.

“Dia mesej saya, dia ingat rakyat Malaysia baik-baik saja.. Saya macam malunya.

“Malam semalam dia mesej saya, kata dia kena serang di media sosial.. Saya pun tak tahu, apabila saya tengok, sudah berpuluh ribu komen.

“Saya harap netizen berhenti sebab perkara itu menjejaskan kami juga. Perkara itu memang berlaku (pelanggaran), ada ‘body contact’ dan itu biasa dalam keirin dan sebenarnya dia tak berniat nak ‘hentam’, itu sebab ‘G-force’.

“Bila ada ‘body contact, ‘G-force’ itu nampak seperti dia naik tetapi dalam keirin benda itu biasa, tinggal jatuh atau tidak sahaja,” katanya.

Shah Firdaus

Sementara itu, Shah turut menjelaskan permohonan maaf Nakano kepada Malaysia yang tular menerusi akaun TikTok atas nama pelumba Jepun itu adalah palsu.

“Itu bukan TikTok dia, dia cakap perkara itu dengan saya. Kami jumpa selepas perlumbaan. Akaun TikTok itu, biasalah orang buat cerita. Tapi saya dengan dia okay sahaja. Tak ada masalah.

“Yang buat saya terasa, dia ingat orang Malaysia baik-baik sebab saya baik dengan dia. Kalau saya ke Jepun, dia bawa saya jalan semua. Bila dia berasa begitu, saya rasa serba salah,” tuturnya lagi.

Sebelum ini, Shah yang berpeluang untuk meraih gangsa dalam pusingan terakhir acara perlumbaan final keirin itu tidak kesampaian selepas berlaku pelanggaran dengan Nakano sehingga terjatuh.

Artikel Berkaitan: Shah Firdaus Sebak Gagal Bawa Pulang Pingat – “Saya Dah Janji Nak Bawa Ibu Bapa Pergi Umrah”

Artikel Berkaitan: “Baton Telah Diserah, Teruskan Perjuangan, Shah Firdaus” – Azizulhasni Awang

Kredit foto: Bernama

Sumber: Buletin TV3

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 26 Mar 2025

Aazief Khalid Pula Bersuara Isu Samping Diciplak – “Takkan Orang Lain Tak Boleh Guna Keris Lepas Ni?”

Aazief Khalid berpendapat suami Tyra Kamaruzzaman tiada hak milik keris berdasarkan keturunan

Trending Sun, 24 Apr 2022
Featured Thu, 12 Mar 2026

Terima 236 Juta Penstriman, Lagu ‘Masing Masing’ Ernie Zakri & Ade Govinda Diiktiraf Asia Book Of Records

Karya hit ‘Masing Masing’ nyanyian Ernie Zakri terus mencatatkan sejarah apabila berjaya meraih lebih 236 juta penstriman menerusi paltfrom Spotify.

Featured Thu, 17 Nov 2022
Hiburan Fri, 19 Sep 2025
Hiburan Thu, 29 Feb 2024

Ezzanie Jasny Jamin Takkan Lupa Diri

min suka tengok Ezzanie ni

error: Content is protected !!