Euforia Bola 2026
Featured By: Maya Basir September 28, 2022 @ 5:45pm

Shila Amzah Sedia Pertimbang Kerjasama Dengan Sharnaaz – “Saya Cuma Tidak Mahu Orang…”

Penyanyi Shila Amzah akan mempertimbangkan sekiranya ditawarkan untuk bekerjasama dengan bekas kekasih yang merupakan seorang pelakon, Sharnaaz Ahmad.

Memetik laporan Utusan, tawaran tersebut perlu dia nilai terlebih dahulu kerana tidak mahu kisah lama mereka dipergunakan.

“Saya tidak mahu menjayakan sesuatu naskhah semata-mata untuk menghidupkan perkara yang sudah tidak ada.

“Jadi, ia bergantung kepada projek atau naskhah tersebut, adakah berbaloi atau tidak untuk saya terima. Sekiranya ada yang memberikan tawaran, saya sedia pertimbangkan.

“Saya cuma tidak mahu orang mengada-adakan cerita tentang hubungan yang sudah lama mati atau menggunakan situasi itu untuk kepentingan mereka,” katanya.

Disoal tentang kehadiran Sharnaaz di program pertandingan nyanyian pada Ahad lalu, penyanyi Patah Seribu ini tidak terkesan kerana kisah mereka telah lama berlalu.

“Saya tidak boleh salahkan orang kalau mereka masih ingat kisah lama kami.  Saya juga tidak  perlu minta mereka lupakan tentang perkara itu.

“Usikan Elly Mazlein atau Kak Lina Pom Pom bagi saya, tidak menimbulkan rasa kurang selesa. Saya okey saja,” ujarnya.

Untuk rekod, Shila dan Sharnaaz pernah menjalinkan hubungan cinta antara tahun 2012 hingga 2013. Namun, percintaan mereka putus di pertengahan jalan.

Sumber: Utusan

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Kisah Viral Sat, 20 Jun 2026

Lebih 1,400 Video Jadi Arkib Seni, Wafa TV Digantung Cetus Kesedihan Artis Veteran… Sarimah Ahmad & Zaiton Sameon Turut Bersuara!

Kehilangan platform yang selama ini menjadi tempat menghimpunkan kisah dan kenangan seniman serta seniwati veteran mengejutkan ramai.

Hiburan Tue, 26 Sep 2023
Hiburan Tue, 22 Jul 2025

Firdaus Ghufran Dakwa Diugut, Nekad Tuntut Keadilan Di Gelanggang Tinju – “Saya Dibuli 8 Orang Termasuk Seorang Pelakon”

Firdaus Ghufran dakwa dibuli dan diugut seorang pelakon yang merupakan rakan lama dari kecil

Hiburan Wed, 21 Jan 2026

Netizen Tersentuh Lihat Usaha Janna Nick, Dini Schatzmann Perbaiki Bacaan Surah Al-Fatihah Ikut Hukum Tajwid

Janna Nick, Dini Schatzmann menerima pujian ramai apabila memperbaiki cara bacaan surah wajib ketika menunaikan solat.

Hiburan Thu, 5 Dec 2019

Wak Doyok Biar Ibu Carikan Calon?

Senang ye? Tak payah pening-pening!

Hiburan Fri, 12 Sep 2025

“Rasa Macam Baru Kahwin Semalam…” – Isteri Faisal Halim Pilih Maaf & Lupakan, Rumah Tangga Kembali Harmoni

Isteri Faisal Halim luah rasa cinta, syukur rumah tangga selamat daripada perceraian

error: Content is protected !!