Euforia Bola 2026
Oh Lawa By: Yanie Baharom July 16, 2018 @ 7:00pm

Si Kecil Suka Bersolek, What Say You Mummy & Daddy?

Produk solekan sememangnya menjadi satu perniagaan yang cukup menguntungkan ketika ini. Antara sebabnya, penghasilan produk tidak lagi mengkhusus kepada wanita bahkan lelaki dan kanak-kanak.

Part kanak-kanak ini yang paling interesting. What say you mummy and daddy? Adakah wajar anak-anak didedahkan dengan solekan seawal usia terlalu muda?

Perkara pertama yang perlu anda tahu, alat solek mempunyai merkuri dan logam kimia sekurang-kurangnya sedikit untuk memastikan ketahanannya.

Justeru ibu-bapa wajib membaca terlebih dulu kandungan yang terdapat pada alat solek anak anda bagi mengelakkan sebarang kesan sampingan atau kemudaratan pada kulit si kecil yang sepatutnya bebas dari sebarang penggunaan bahan seperti disebutkan.

Foto: nz.news

Namun begitu, tidak dinafikan jualan produk kecantikan kanak-kanak yang dicetuskan di Korea Selatan semenjak 2017 memang menggila. Menurut data dikumpulkan Sk Planet Co., sebuah pengendali platform e-dagang Korea Selatan mendedahkan, penjualan produk kecantikan di laman webnya meningkat 29 peratus pada 2017.

Bagaimanapun, syarikat berkenaan enggan memberikan angka jualan sebenar. Jualan gincu kanak-kanak misalnya meningkat dengan drastik iaitu sebanyak 549 peratus.

Menurut syarikat itu, data turut menunjukkan, penjualan kosmetik kanak-kanak dalam talian meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini, mencatatkan pertumbuhan sebanyak 94 peratus dan 251 peratus masing-masing pada 2015 dan 2016.

Foto: cdiscount.com

“Populariti kosmetik yang selama ini dianggap hanya untuk wanita, kini turut digunakan oleh golongan lelaki dan juga kanak-kanak,” kata pegawai SK Planet.

Satu kajian yang dimuatnaik di laman web Korea Citation Index, menunjukkan 42.4 peratus pelajar sekolah rendah memakai alat solek dan 43.4 peratus responden mengatakan mereka mula bersolek pada gred kelima.

Kajian yang dijalankan bermula 14 November hingga 9 Disember 2016 itu, membabitkan 288 remaja perempuan gred empat, lima dan enam di sekolah rendah di Seoul, Incheon dan bandar perindustrian di tenggara Ulsan.

Sementara itu, pakar dermatologi Dr Alina Hasni, berkata, kulit kanak-kanak lebih mudah dijangkiti pelbagai kuman dan alahan, jadi alat solek adalah sesuai digunakan seawal usia 20 tahun di Malaysia.

“Alat mekap yang mengandungi tahap merkuri yang tinggi boleh memberi kesan iritasi kepada kulit dan alahan contact dermatitis di mana boleh mencetuskan keradangan kulit kerana keadaan kulit mereka yang lebih lembut dan sensitif,” tambahnya.
 
 

Foto: iloveklee.com

 
Beliau juga menegaskan jika produk itu mempunyai bahan yang tidak sepatutnya seperti merkuri dan logam kimia, ia tetap bahaya kepada kanak-kanak walaupun produk itu mahal dan berjenama.

“Ibu bapa perlu mengambil tahu tantang kandungan yang terdapat di dalam alat mekap itu bagi mengelak kesan sampingan terhadap anak mereka dan memastikan produk itu diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Walaupun produk itu telah diluluskan oleh KKM, ia juga harus diambil kira berdasarkan keselamatan tahap toksin yang terkandung dalam sesuatu produk,” jelasnya.

Menurutnya lagi, pembayang mata (eye shadow) adalah antara jenis mekap di mana pengguna harus berhati-hati kerana kulit pada kelopak mata merupakan bahagian yang paling nipis berbanding bahagian lain.

“Di samping itu, penggunaan alat mekap kepada kanak-kanak akan meningkatkan proses penuaan dengan cepat, jadi lebih baik ia dielakkan supaya kulit akan menjadi lebih baik tanpa bahan kimia,” kata Dr Alina.

 

Foto: Pinterest

 
Sumber: Astro Awani

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 1 Aug 2019
Oh Lawa Sun, 8 Apr 2018

Trend Terbaru Bulu Kening Dipanggil Garden Brows, Memang Macam Taman!

Ingatkan golongan Insta-famous ni dah ketandusan idea untuk trend bulu kening pelik-pelik, tapi rupa-rupanya ada lagi!

Oh Lawa Fri, 22 Mar 2019
Featured Mon, 30 Jul 2018
Oh Lawa Wed, 27 Mar 2019
Oh Lawa Wed, 22 Aug 2018

Ais Kiub Aloe Vera Boleh Kecutkan Jerawat. Ini Cara Membuatnya

Aloe vera ini 100% selamat untuk kulit wajah anda.

Oh Lawa Wed, 9 May 2018

Risiko Pakai Seluar Yang Terlalu Ketat. No. 3 Paling Bahaya!

Bagi anda yang suka pakai seluar ketat, wajib kena tahu risiko ini!

Oh Lawa Thu, 3 May 2018

Nak Cantik Seperti Dia? Ikuti Rutin Kecantikan Si Natural Beauty Siti Saleha

Pemilik senyuman manis tidak pernah lekang daripada bibirnya, wanita ini antara bintang muda yang lengkap pakej, cantik dan berbakat.

Sejenak perbualan dengan wanita jelita berdarah kacukan Inggeris ini, sempat bertanyakan apakah rutin harian Siti Saleha dalam menjaga kecantikan.

Oh Lawa Wed, 29 May 2019

Konsep Fairy Forest jadi daya penarik kolaborasi Elfira Loy X MC Vogue

Bergaya cantik seperti taman penuh haruman, siapa tidak tertarik!

Featured Wed, 19 Feb 2020

‘Gugur’ perkataan hijab demi tembusi pasaran global!

Go Far by Naelofar, merupakan rekaan yang segar dan moden

error: Content is protected !!