Categories: Sihat

10 panduan menangani rasa mual dan muntah ketika hamil

Ramai wanita tidak mengalami situasi muntah berpanjangan, tetapi ramai juga yang rasa tidak selesa kerana loya.

Di bawah ini ialah beberapa panduan untuk mengurangkan petanda rasa loya yang tidak menyenangkan.

1. Dapatkan rehat yang secukupnya

Tidur pada waktu malam ialah penting. Tidur siang  juga membantu tetapi jangan tidur selepas makan, kerana ia boleh menambah rasa loya.

Untuk anda yang bekerja syif malam, pakai topeng mata atau langsir gelap untuk menutup sebarang cahaya.

Anda juga mungkin perlukan bantal yang sesuai dengan bentuk badan anda yang mampu menyokong bahagian belakang dan abdomen.

Tidur awal dan bangun awal. Jangan gunakan pil tidur.

2. Jaga makan

Makanan berlemak dan pedas serta kafein akan meningkatkan kemungkinan terhasilnya asid perut dan saiz hidangan yang kecil boleh membantu mengurangkan risiko muntah tetapi tetap menyimpan makanan di dalam perut.

Perut yang kosong pula boleh membuatkan rasa loya anda jadi lebih teruk. Perut anda menghasilkan asid tetapi ia tidak mempunyai sebarang bahan untuk dihadam kecuali lapisan dalam perut. Hal ini menburukkan lagi rasa loya anda.

Makan biskut masin atau snek protein sebaik sahaja anda bangun. Untuk sarapan, pisang, pear atau buah sitrus akan memuaskan perut. Kandungan potasiumnya boleh mengelakkan rasa mual.

Karbohidrat seperti ubi bakar, nasi dan roti kering, juga boleh membantu.

Pada waktu malam, makan snek protein tinggi sebelum tidur. Makan makanan sejuk untuk mengurangkan bau ketika makan.

Foto: Insider

3. Kekal aktif secara fizikal dan mental

Keaktifan wanita itu didapati mampu mengurangkan tanda mabuk hamilnya. Jika anda sibukkan diri dengan aktiviti seperti membaca buku, menonton televisyen, berjalan di sekeliling rumah, anda tidak akan terfikir mengenai rasa loya.

4. Pastikan anda kekal terhidrat

Pengambilan air yang secukupnya memang penting untuk tahap kesihatan yang optimum, terutamanya ketika hamil.

Menambahkan cuka epal dan madu ke dalam air akan menjadikannya lebih menyelerakan. Anda juga boleh menghisap ketulan ais yang diperbuat daripada air atau jus buah.

5. Teh halia atau peppermint

Halia sudah lama digunakan untuk membantu penghadaman dan mengurangkan ketidakselesaan abdomen. Kajian mendapati ia juga boleh mengurangkan simptom loya.

Anda boleh mengambilnya dalam bentuk minuman halia sejuk, ataupun dengan meletakkan sekeping halia mentah ke dalam air minuman.

Selain itu, snek seperti biskut atau roti halia (gingerbread) serta teh peppermint juga boleh membantu melegakan perut.

Foto: Deposit Photo

6. Pakai pakaian longgar dan selesa

Wanita yang loya ketika mengandung melalui simptom loya yang kurang apabila mereka memakai baju longgar.

7. Ambil vitamin dan suplemen

Makan mengikut arahan doktor. Jika anda mengambil vitamin, seelok-eloknya makan sebelum tidur malam dan dengan snek.

Vitamin B6 dan zat besi (iron) bersama jus oren atau minuman lain yang mengandungi vitamin C untuk meningkatkan penyerapan.

8. Elak daripada melihat kelipan di komputer

Perubahan gambar pada monitor   komputer itu boleh menyebabkan anda rasa loya. Jika anda perlu juga menggunakan komputer, tebal dan besarkan tulisan, dan tukarkan warna latar belakang kepada warna merah jambu dan coklat lembut.

9. Elak daripada terbau benda yang tidak menyenangkan

Morning sickness dikaitkan dengan peningkatan sensitiviti terhadap bau. Sesetengah bau yang kuat boleh meningkatkan tanda mual, tetapi bau ekstrak lemon dan tumbuhan rosemary boleh membantu.

Foto: Pinterest

10. Legakan sakit ulu hati

Kadangkala rasa loya dan muntah ialah disebabkan oleh acid reflux. Dapatkan ubat daripada doktor dan makan sebelum tidur untuk mengurangkan kadar asid perut.

Selain itu, terapi alternatif seperti akupuntur juga boleh membantu.

Sumber: Medical News Today

Ad Ops