Euforia Bola 2026
Sihat By: tex_admin September 25, 2019 @ 2:43pm

Awasi glaukoma, penyebab buta secara tiba-tiba!

Oleh Muhammad Amnan Hibrahim

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengganggarkan kira-kira 80 juta orang akan menghidap glaukoma pada tahun 2020, meningkat sebanyak 300 peratus berbanding tahun 2010.

Dapatan itu penting kerana beberapa kajian menunjukkan kurang daripada 50 peratus penghidap glaukoma menyedari bahawa  mereka menghidap penyakit terbabit sebelum mereka mula menjadi buta.

Glaukoma merupakan sejenis penyakit mata yang berlaku apabila saraf optik yang menghubungkan mata dan otak, rosak. Tanpa saraf terbabit, individu berkenaan tidak akan mampu melihat atau buta kerana maklumat yang diperoleh mata tidak akan sampai ke otak.

Walaupun diklasifikasikan sebagai penyakit mata yang boleh dicegah, glaukoma kebiasaanya tidak menunjukkan tanda-tanda mahupun simptom yang membolehkan seseorang untuk sedar bahawa mereka menghadapi masalah glaukoma.

Glaukoma yang tidak dirawat sewajarnya boleh menyebabkan buta. Foto: scienceabc

Kebanyakan penyelidik berpandangan kesan glaukoma dapat dikurangkan sekiranya pemeriksaan dan strategi rawatan yang lebih berkesan dijalankan pada peringkat awal kerana glaukoma adalah penyakit yang boleh dirawat jika pesakit mendapatkan rawatan sebaik menyedari mereka menghidap penyakit terbabit.

Terdapat empat jenis glaukoma yang berpotensi untuk merosakkan penglihatan iaitu glaukoma sudut terbuka, glaukoma penutupan sudut utama, glaukoma sekunder dan glaukoma kongenital.

Glaukoma jenis sudut terbuka ialah glaukoma yang paling umum terjadi disebabkan tekanan intraokular  (IOP) yang terlalu tinggi di dalam mata akibat daripada kandungan cecair mata yang tidak stabil.

Tekanan tinggi di dalam mata akan merosakkan saraf optik dengan mengurangkan jumlah darah yang boleh melalui saluran darah kecil yang menjadi pembekal kepada saraf dan juga memampatkan saraf itu sendiri.

Selain daripada umur, faktor lain yang menyumbang pada glaukoma adalah keturunan, myopia (rabun)  dan penyakit seperti diabetes, hypertensi serta aterosklerosis (pengerasan salur darah).

Cara untuk mengesan glaukoma

Setiap pesakit perlu melakukan ujian bagi mengesan masalah yang dihidapi.  Foto: Bright Focus Foundation

Simptom glaukoma sukar dikesan, justeru pemeriksaaan berkala di pusat oftalmologi adalah langkah penting yang boleh dilakukan bagi menghindar dan merawat penyakit itu. Langkah ini perlu dilakukan oleh setiap orang terutamanya individu yang sudah melepasi usia 40 tahun.

Terdapat empat jenis ujian yang boleh dilakukan di pusat oftalmologi:

  • Oftalmoskopi: Melihat penampilan saraf utama dalam mata (saraf optik)
  • Tonometri: Mengukur tekanan dalam mata
  • Perimetri: Memeriksa medan penglihatan
  • OCT (Optical Coherent Tomography): Mengukur ketebalan saraf

Selain itu, terdapat beberapa gejala yang boleh dijadikan sebagai tanda amaran untuk anda mengenal pasti penyakit glaukoma:

  • penglihatan kabur
  • sakit mata atau/dan kepala
  • loya atau muntah-muntah
  • kemunculan lingkaran pelangi di keliling cahaya terang
  • mempunyai kes lampau, kehilangan penglihatan secara tiba-tiba, situasi ini lazimnya sering berlaku pada pesakit galukoma penutupan sudut sahaja

Rawatan untuk pesakit glaukoma

Penggunaan titisan mata antara kaedah digunakan untuk merawat glaukoma. Foto: siliconindia

Bagi individu yang dikesan mempunyai gejala glaukoma melalui siri ujian yang dilakukan, sebahagian besar daripada meraka akan dirawat dengan menggunakan titisan air mata. Rawatan laser ataupun pembedahan glaukoma mungkin akan dipertimbangkan jika titsan mata tidak berkesan untuk mengurangkan tekanan air di dalam mata.

Cabaran dalam proses rawatan glaukoma

Terdapat dua masalah yang dikesan menyebabkan proses rawatan penyakit glaukoma kurang berkesan, iaitu kaedah rawatan yang rumit dan kesan sampingan daripada ubat titis yang digunakan.

Kaedah rawatan yang rumit antara punca utama pesakit tidak mematuhi prosedur rawatan penting untuk mencapai kawalan IOP yang baik dalam melambatkan kesan penyakit.

Antara masalah lain yang dikenal pasti membabitkan rawatan glaukoma lazimnya berlaku dalam kalangan pesakit pada peringkat yang lebih lanjut kerana golongan ini biasanya memerlukan lebih daripada satu ubat.

Kajian menunjukkan bahawa hanya 32 peratus daripada pesakit yang menggunakan kombinasi dua ubat untuk merawat glaukoma mematuhi rawatan berbanding 49 peratus bagi yang mengambil satu jenis ubat. Dengan kata lain, semakin banyak ubat yang diberikan, lebih tinggi kemungkinan seseorang pesakit glaukoma itu tidak mengambil ubat yang disarankan.

Titisan mata yang mengandungi bahan pengawet boleh memberi kesan kepada pesakit. Foto: Medical News Today

Masalah lain yang timbul dalam proses rawatan glaukoma adalah kehadiran bahan pengawet di dalam ubat yang digunakan. Penghidap glaukoma sering mengalami kesan sampingan kerana pendedahan jangka panjang kepada pengawet dalam titisan mata.

Walaupun hanya dalam kadar yang sedikit, pendedahan berpanjangan terhadap bahan pengawet itu berupaya menyebabkan gangguan pada permukaan kornea, lapisan lutsinar yang membentuk bahagian depan mata atau lebih dikenali sebagai penyakit permukaan okular (OSD).

Risiko kegagalan dalam pembedahan pemulihan mata juga akan meningkat sekiranya pesakit terdedah kepada pengawet yang terdapat dalam ubat titis secara berpanjangan.

Oleh itu, pesakit yang menghidapi glaukoma disaran untuk mendapatkan jenis ubat yang bebas daripada bahan pengawet, di samping mencari produk yang mampu meringkas dan memudahkan proses rawatan berserta nasihat daripada pakar oftalmologi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Sihat Wed, 9 Jan 2019

Penggunaan pemanis tiruan tidak menyumbang kepada pengurangan berat badan

Menurut kajian semula, pemanis ini dan gula tidak banyak bezanya.

Featured Sat, 28 Sep 2019

Jenis tanaman hiasan yang sesuai untuk di tanam dalam rumah

Bukan sahaja cantik malah boleh menjadi penapis udara!

Featured Tue, 5 May 2020
Featured Tue, 4 Feb 2020
Featured Tue, 19 Jun 2018

Awas Pencinta Kucing, Bulu Kucing Boleh Menjejaskan Kesihatan Anda!

Jaga-jaga dengan bulu kucing, ia bahaya untuk kesihatan anda!

Featured Fri, 19 Oct 2018

Kenali Apa Itu Omega 3 Yang Sangat Diperlukan Oleh Tubuh

Omega-3 banyak memberi kebaikan kepada kesihatan kita seperti mengurangkan risiko penyakit jantung!

Sihat Wed, 16 Jan 2019

Stretching techniques you can do to alleviate pain from leg cramps

To cure it, you have to exercise the affected muscles.

Featured Tue, 13 Nov 2018

Darah Haid Berkurangan Dan Sikit Bukan Bererti Menopause, 8 Perkara Ini Mungkin Puncanya!

Darah haid berkurang, bererti ada sesuatu yang tidak berlaku pada hormon anda!

Featured Wed, 1 Apr 2020
Sihat Wed, 19 Jun 2019

Kenal pasti 9 tanda peranakan wanita jatuh dan bermasalah

Masalah ini bukan saja dialami wanita bersalin tetapi juga anak dara!

error: Content is protected !!