Sihat By: tex_admin July 16, 2018 @ 12:00pm

Bedak Talkum Penyebab Kanser, Johnson & Johnson Diperintah Bayar Pampasan. Para Ibu Sila Berhati-Hati!

Syarikat gergasi farmaseutikal  Johnson & Johnson (J&J) diperintah membayar pampasan AS$4.69 bilion (RM18.98 bilion) kepada 22 wanita yang mendakwa bedak keluaran syarikat itu menyebabkan kanser.

Mangsa mendakwa mereka menghidapi kanser ovari kerana talkum bayi keluaran Johnson & Johnson mengandungi asbestos.

Foto: The Grio

Dalam pada itu, peguam kepada wanita terbabit, Mark Lanier turut meminta agar produk Johnson & Johnson dikeluarkan daripada pasaran sebelum mengakibatkan penyakit yang lebih teruk dan kematian berlaku.

“Selama lebih 40 tahun, Johnson & Johnson menutup bukti kehadiran asbestos dalam produk mereka.

“Jika Johnson & Johnson berkeras untuk menjual bedak mereka, mereka perlu paparkan tanda amaran,” kata Lanier.

Foto: AFP

Kesemua mangsa berkata, mereka telah menggunakan bedak bayi tersebut sejak berdekad lamanya dan produk  talkum keluaran syarikat tersebut menyebabkan mereka mengalami penyakit.

Mereka mendakwa syarikat itu mengetahui bahawa bedak keluaran mereka mengandungi bahan tercemar iaitu asbestos sejak tahun 1970-an tetapi gagal memberi amaran kepada pengguna mengenai risiko tersebut.

Penulis percaya, pasti ada dalam kalangan anda yang menggunakan bedak talkum jenama ini untuk bayi kan? Jadi, lepas ini anda perlu berhati-hati untuk memilih produk penjagaan dan kebersihan diri sama ada untuk anak-anak mahupun diri anda sendiri. 

Sebaiknya, pilihlah produk yang organik yang memang ternyata selamat apabila digunakan!

Sumber: Astro Awani

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Sihat Thu, 5 Jul 2018

Nak Rambut Cepat Panjang? Guna Sahaja Bahan Semulajadi Ini

Rambut anda akan cepat panjang, cantik dan sihat bila amalkan tip ini

Sihat Tue, 8 May 2018

7 Teknik Senaman Mudah Yang Anda Boleh Buat Di Pejabat Untuk Meregangkan Otot

Tahukah anda, duduk berpanjangan
boleh mengakibatkan tekanan darah tinggi, kencing manis, penyakit jantung serta kanser?

Sihat Fri, 23 Nov 2018

Anak Anda Selalu Kencing Malam? Jangan Bimbang Solusinya Ada!

Enuresis dikalangan kanak-kanak, adalah satu perkara biasa.

Featured Wed, 29 Apr 2020
Featured Tue, 23 Jun 2020

Terlelap 1 saat boleh jadi punca kemalangan di jalan raya

Ketahui langkah pencegahan bagi elak tertidur

Sihat Thu, 4 Oct 2018

Betul Ke ‘Gigi Bongsu’ Akan Tumbuh?

Pembentukan gigi bongsu terjadi seawal usia 12 hingga 25 tahun.

Sihat Wed, 27 Jun 2018

Bertemu Bidan Dan Pakar Obstetrik Seawal Kehamilan Bantu Ibu Elak Kelahiran Pramatang

Bersalin pramatang ditakrif sebagai proses melahirkan bayi sebelum usia kandungan 37 minggu.

Sihat Tue, 19 Mar 2019

Anak anda tergaru-garu? Ketahui jika bayi anda mengalami jangkitan telinga

Simptomnya sukar dikenal pasti kerana menyamai demam biasa atau selesema.

Featured Thu, 23 Jan 2020

Kebaikan limau mandarin untuk kecantikan dan kesihatan

Terlalu banyak khasiatnya, tetapi perlu waspada

Featured Wed, 13 May 2020