Sihat By: tex_admin March 19, 2019 @ 10:27am

Anak anda tergaru-garu? Ketahui jika bayi anda mengalami jangkitan telinga

Oleh Syarifah Fatin Anisa Tuan Said Shakh

Jangkitan pada telinga antara masalah yang sering dialami kanak-kanak terutama pada peringkat bayi. Malangnya, bayi yang masih kecil terutama yang belum boleh bercakap tidak tahu cara untuk menerangkan kesakitan yang dialami.

Menurut Pakar Perubatan Mata, Hidung dan Telinga dari Hospital Kanak-kanak Pittsburgh, Margaretha Casselbran, selain  demam biasa, jangkitan pada telinga juga sering berlaku pada bayi.

Penyakit ini sukar dikenal pasti kerana gejalanya menyamai demam biasa atau selesema, malah jangkitan berkenaan bermula dengan batuk dan hidung berair.

Meskipun sukar dibezakan, terdapat cara tertentu yang dapat dilihat apabila anak anda terkena jangkitan pada telinga.

Berikut antara gejala yang lazim dikaitkan dengan jangkitan pada telinga dalam kalangan bayi:

1. Sakit pada telinga

Jangkitan pada telinga amatlah menyakitkan bagi bayi dan kanak-kanak. Oleh itu, jika mereka merengek atau menangis dengan kuat, mungkin itu gejala yang perlu diberi perhatian.

Selain itu, jika anak anda menunjukkan tanda tidak selesa apabila dibaringkan, mungkin si kecil sedang mengalami jangkitan telinga yang agak serius. Hal ini kerana posisi berbaring memberikan tekanan kepada tiub Eustachia dalam telinganya.

Foto: Verywell Family

2. Kesukaran untuk tidur

Apabila kesakitan mencapai tahap maksimum, bayi anda mungkin akan mengalami kesukaran untuk tidur. Adakalanya jenuh memikirkan punca yang mungkin menyebabkan anak anda sukar untuk tidur termasuklah menggunakan cara yang biasa dilakukan, namun si kecil masih tidak menunjukkan tanda ingin tidur langsung!

Bawa anak anda berjumpa dengan pakar jika perkara ini berlarutan!

3. Demam

Apabila sistem imunisasi badan cuba melawan jangkitan yang berlaku, suhu badan anak anda akan naik secara mendadak iaitu dalam lingkungan 37°C hingga 40°C.

Foto: Pregnancy Birth and Baby

4. Kesukaran untuk mendengar

Jangkitan dalam telinga akan menyebabkan cecair terkumpul dan menghalang pendengaran bayi anda. Oleh itu, dia tidak boleh memberikan maklum balas kepada bunyi dan suara di sekelilingnya seperti kebiasaannya.

Tetapi jangan khuatir! Pendengarannya akan kembali seperti sedia kala apabila jangkitan sudah dirawat.

5. Kurang selera makan

Apabila jangkitan semakin serius, selera makan anak anda mungkin berkurangan,sekaligus menyebabkan si kecil tidak mahu makan.

Si kecil juga mungkin akan mengalami cirit birit dan muntah.

Foto: Today’s Parent

6. Keluar nanah dan cecair daripada telinga

Apabila perkara ini terjadi, anda harus segera membawa anak anda berjumpa doktor! Nanah dan cecair adalah tanda jangkitan pada telinga yang serius dan boleh memudaratkan termasuk menjangkiti gegendang telinga si kecil.

Jika anak anda mempunyai tanda seperti itu, segeralah bawa mereka ke hospital!

Tiada salahnya jika anda menjadi sedikit paranoid terhadap kesihatan anak.

Sumber: Parents

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Sihat Wed, 17 Oct 2018
Sihat Thu, 12 Jul 2018

Anda Lambat Hamil? 4 Faktor Ini Adalah Penyebabnya

Perlu tahu faktor ini yang menyebabkan anda lambat hamil!

Sihat Mon, 30 Jul 2018

Ibu Ini Guna 100% Rawatan Tradisional Rawat Anak Hidap Penyakit HFMD. Memang Berkesan!

Guna daun mambu, besak sejuk dan serbuk kunyit untuk rawat ruam penyakit HFMD.

Sihat Sun, 27 Jan 2019
Featured Mon, 1 Oct 2018

Menurut Kajian Makmal, Teh Hijau Mampu Halang Sel Kanser Untuk Terus Aktif

Teh hijau membantu memulih dan memperbaharui sel yang telah dicemari sel kanser.

Sihat Tue, 17 Jul 2018

Ini Tanda-Tandanya Jika Anda Kekurangan Air Dalam Badan & Kesannya Terhadap Kesihatan Anda

Lagi teruk kekurangan air dalam badan, lagi teruklah tanda-tandanya.

Featured Wed, 12 Feb 2020
Featured Sat, 4 Apr 2020
Sihat Wed, 19 Sep 2018

Wanita Mudah Naik Hantu Bila Nak Period, Kenapa Ya?

Ketidakseimbangan hormon-hormon estrogen dan progesteron punca utama perubahan emosi wanita.

Sihat Sun, 10 Feb 2019

Selesema berpanjangan mungkin tanda anak anda dijangkiti influenza

Influenza boleh memudaratkan kanak-kanak kecil