Categories: SemarakSihat

Buah Kurma Kaya Dengan Khasiat, Selalulah Makan Bukan Ketika Ramadan Saja

Kurma yang merupakan makanan Sunnah Rasulullah SAW adalah hidangan wajib setiap kali berbuka di bulan Ramadan.

Al-Quran juga telah membongkar pelbagai keistimewaan yang boleh didapati daripada buah berkenaan.

Namun begitu, ramai kurang menyedari bahawa buah kurma ini mempunyai banyak kebaikan dan ia sesuai dimakan tidak kira masa, bukan di bulan Ramadan saja.

Apa yang pasti, bagi anda yang sedang mencari alternatif untuk mengawal tekanan darah dan kolesterol, serta mahu mengelakkan sakit jantung dan strok, makanan ini sangat sesuai untuk anda.

Kandungan nutrien makanan ini yang tinggi menjadikan ia makanan yang wajib anda makan untuk kesihatan. Ini 8 sebab kenapa ia elok untuk anda.

Kaya dengan zat besi

Kurma yang kaya dengan zat besi sangat berguna untuk anda yang ada anemia, untuk kanak-kanak serta wanita mengandung. Cukup dengan memakan 100g kurma sehari (kira-kira 0.9mg zat besi), anda telah mengambil 11% pengambilan zat besi yang perlu untuk badan.

Kurma mengelakkan cirit-birit

Foto: Malayalam

Kurma juga kaya dengan potasium yang penting untuk menhindari cirit-birit dengan melegakan dinding perut dan usus, serta merangsang bakteria dalam perut secara lebih efektif.

Kurma melegakan sembelit

Supaya ia berkesan, anda disarankan supaya merendam beberapa biji kurma dalam air semalaman, dan minum air tersebut pada waktu pagi untuk menggalakkan proses pencernaan yang baik.

Mengawal berat badan

Foto: Reader’s Digest

Jika anda mahu membuang lemak berlebihan, anda perlu makan kurma dengan perut kosong. Ia akan mengawal berat badan anda memandangkan ia tiada kolesterol.

Mengimbangkan kolesterol

Sangat berguna dalam mengimbang dan mengawal kolesterol yang tidak sihat kerana kurma membersihkan saluran darah dan menghalang pembentukan darah beku.

Menguatkan jantung

Foto: IGJ

Kurma yang anda rendam semalaman untuk minum airnya itu, jangan dibuang bijinya. Makan begitu sahaja atau kisar terlebih dahulu.

Mengawal selia tekanan darah

Ramai di antara kita yang menderita sakit hipertensi (tekanan darah tinggi) dan orang yang begini perlu makan banyak kurma kerana ia kaya dengan potasium dan tiada langsung sodium.

Mampu menghalang strok

Foto: DailyCaring

Potasium dalam kurma adalah mineral yang penting dalam membaik pulih sistem saraf dan boleh menghalang serangan strok. Jadi ambil lebih kurang 400mg potasium sehari, anda sudah tidak perlu terlalu risau lagi.

Sumber: Sinar Harian

Yanie Baharom