Apa itu darah nifas, rasanya semua wanita pun tahu dan ianya membawa maksud darah yang keluar daripada rahim wanita selepas keluarnya kandungan di dalam rahim sama ada melalui kelahiran biasa atau keguguran.
Tempoh darah nifas ini lebih panjang berbanding darah haid, di mana ia boleh berlaku selama 40 hari berpantang atau paling singkat 20 hari, namun begitu warna darah nifas yang normal dan tidak normal perlu diketahui bagi menentukan tahap kesihatan wanita yang masih dalam fasa berpantang.
Anda tahu apakah warna darah nifas yang normal dan tidak normal? Berikut alasan dan penjelasan lanjut berkaitannya. Ayuh ibu! kita perhalusi perkara ini.
Dipetik daripada laman web MD, setelah ibu melahirkan tidak kira secara normal atau pembedahan cesarean, ibu akan mengalami pendarahan vagina dengan keluarnya warna darah nifas.
Nifas ini adalah salah satu cara tubuh menyingkirkan darah yang menyokong pertumbuhan janin semasa kehamilan.
Berikut ini adalah tanda darah nifas yang normal seperti berikut:
Berikut ciri darah nifas yang tidak normal:
1. Melahirkan anak melebihi dari satu bayi atau kelahiran kembar.
2. Bayi lebih besar melebihi 4 kg.
3. Melahirkan bayi beberapa kali pada sebelumnya.
Doktor yang merawat anda mungkin akan melakukan rawatan seperti di bawah ini:
1. Doktor memberi ubat supaya dapat membantu kontraksi rahim.
2. Mengurut di bahagian rahim oleh petugas hospital atau jururawat.
3. Melakukan laparotomi bagi mengetahui punca pendarahan dan cara menghentikan dengan lebih tepat.
4. Melakukan transfusi darah.
5. Melakukan pembedahan buang rahim.
6. Memberi anda suntikan ubat untuk hentikan pendarahan.
Semoga apa yang dikongsikan memberi manfaat kepada ibu yang sedang berpantang. Selamat menjalani proses berpantang dengan indah!
Alhamdulillah, Allah bagi rezeki zuriat❤️❤️❤️
Jenayah Membawa Padah
adoi lawak laaa
Haaa, yang always tak setuju and selalu negatif tu better unfollow okay!