Sihat By: Yanie Baharom July 10, 2019 @ 11:00am

Enak dimakan, boleh kurus pula tu!

Adakah anda tahu oat yang dibiarkan semalaman boleh membantu anda mengurangkan berat badan dan berasa hebat?

Hidangan lengkap diperkaya dengan rasa mewah, tinggi serat dan nutrien yang sihat ini, ialah resipi oat yang dikongsikan Bella Marie France.

Dinamakan sebagai Hearty Breakfast In A Jar atau Sarapan Enak Di Dalam Balang, ianya amat cepat dan mudah untuk disediakan sebagai hidangan sarapan pagi yang sempurna sekali gus membantu anda berada di landasan yang betul untuk mencapai matlamat memiliki tubuh idaman!

Di bawah ini terdapat empat resipi Sarapan Enak Di Dalam Balang yang sangat bermanfaat untuk diet anda. Nampak macam kecil, tetapi ianya amat mengenyangkan!

Resipi Fat Burner

Foto: Family Food on the Table

 

* 1/4 cawan emping oat
* 1/4 cawan susu segar
* 1/4 cawan dadih 
* 1 sudu teh biji chia 
* satu sudu teh madu
* 1/4 cawan strawberi dipotong dadu
* 1/4 cawan hirisan pisang dan dipotong dadu

Cara membuatnya:

Langkah 1: Masukkan susu, oat, dadih, biji chia dan buah-buahan ke dalam balang atau bekas, kemudian kacau sebati.

Langkah 2: Biarkan ia sejuk semalaman di dalam peti ais atau sekurang-kurangnya 5 jam.

Langkah 3. Sebelum menikmatinya sebagai sarapan anda, boleh tambahkan cecair perisa, kekacang atau buah-buahan jika anda mahu.

Resipi The Green Room

Foto: Pinterest

* 1/4 cawan emping oat
* 1/4 cawan susu segar
* 1/4 cawan dadih 
* 1 sudu teh biji chia
* 1 sudu teh madu
* 1 sudu teh serbuk matcha
* 1/4 cawan epal hijau dipotong dadu
* 1/4 buah kiwi dipotong dadu
* 1 sudu teh kekacang yang dicincang

Cara membuatnya:

Langkah 1: Masukkan susu, oat, dadih, biji chia, serbuk matcha dan buah-buahan ke dalam balang atau bekas, kemudian kacau sebati.

Langkah 2: Biarkan ia sejuk semalaman di dalam peti ais atau sekurang-kurangnya 5 jam.

Langkah 3. Sebelum menikmatinya sebagai sarapan anda, boleh tambahkan cecair perisa, kekacang atau buah-buahan jika anda mahu.

Morning Glory

Foto: Hungry Girl

* 1/4 cawan emping oat
* 1/4 cawan susu segar
* 1/4 cawan dadih
* 1 sudu teh biji chia 
* 1 sudu teh madu
* 1/4 mangga dipotong dadu
* 1 sudu teh blueberries
* 1 sudu teh kekacang yang dicincang

Cara membuatnya:

Langkah 1: Masukkan susu, oat, dadih, biji chia dan buah-buahan ke dalam balang atau bekas, kemudian kacau sebati.

Langkah 2: Biarkan ia sejuk semalaman di dalam peti ais atau sekurang-kurangnya 5 jam.

Langkah 3. Sebelum menikmatinya sebagai sarapan anda, boleh tambahkan cecair perisa, kekacang atau buah-buahan jika anda mahu.

Belly Trimmer

Foto: Food Savvy

* 1/4 cawan emping oat
* 1/4 cawan susu segar
* 1/4 cawan dadih
* 1 sudu teh biji chia 
* 1 sudu teh madu
* 1/4 cawan buah naga dipotong dadu
* 1/4 sudu teh nanas dipotong dadu
* 1 sudu teh kekacang yang dicincang

Cara membuatnya:

Langkah 1: Masukkan susu, oat, dadih, biji chia dan buah-buahan ke dalam balang atau bekas, kemudian kacau sebati.

Langkah 2: Biarkan ia sejuk semalaman di dalam peti ais atau sekurang-kurangnya 5 jam.

Langkah 3. Sebelum menikmatinya sebagai sarapan anda, boleh tambahkan cecair perisa, kekacang atau buah-buahan jika anda mahu.

Hah, apa macam mudah kan? Apa kata bermula hari ini, lakukan perubahan pada cara pengambilan sarapan pagi anda yang mungkin sudah terbiasa dengan makanan berkalori tinggi seperti nasi lemak, lontong mahupun roti canai di waktu pagi.

Mulakan hari anda dengan hidangan Hearty Breakfast In A Jar yang bukan saja lazat dan mengenyangkan, malah turut menjaga jantung anda!

Selamat mencuba!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 31 Mar 2020
Featured Tue, 19 Mar 2019

Senaman Tabata Buat Lemak Anda Menangis

4 minit Tabata sama seperti 40 minit berjoging!

Featured Sat, 4 Apr 2020
Featured Mon, 27 Aug 2018

Anak Alami Keracunan Makanan? Ini Yang Perlu Ibu Bapa Lakukan

Keracunan makanan masih boleh berlaku walaupun anda sendiri yang memasak makanan tersebut.

Sihat Wed, 10 Oct 2018
Featured Thu, 13 Feb 2020
Sihat Mon, 11 Nov 2019

Bolehkah makan ubat yang sudah lepas tarikh luput?

Ketahui tempoh selamat menyimpan ubat

Sihat Sun, 17 Mar 2019

Anak kerap sakit? Ini punca utamanya

Ibu bapa perlu lebih prihatin!

Featured Mon, 4 Nov 2019

Makan waktu malam punca berat badan naik sekadar mitos?

Jumlah kalori yang diambil adalah penyebabnya, bukan waktu makan