Categories: Sihat

Ketahui 4 Jenis Teh Ini Yang Boleh Bunuh Lemak Degil Badan Anda

Dalam fikiran anda kalau nak kurus mesti minum air teh hijau kan? Sekarang, anda perlu tukar mindset tersebut! Sebenarnya, terdapat 4 jenis teh yang lain boleh membantu anda membunuh lemak-lemak degil dalam badan sekaligus mampu menurunkan berat badan anda.

Teruja nak tahu 4 jenis teh ini? Ini penulis senaraikan untuk anda.

1. Pur-erh tea

Foto: Straight.com

Teh Cina ini dikatakan boleh mengecilkan saiz sel lemak anda! Teh ini juga mampu menurunkan lemak-lemak yang bahaya dalam darah kita dan berkesan juga untuk menghapuskan lemak degil pada perut.

2. White tea

Foto: PaleoHacks

Kalau anda nak tahu, teh putih ini kaya dengan antioksidan yang bagus untuk kurangkan berat badan kerana ia boleh meningkatkan metabolisme badan. Menurut sekumpulan penyelidik, teh putih ini kaya dengan catechins iaitu sejenis antioksidan yang membakar lemak dan membuangnya daripada sel, serta membantu mempercepatkan keupayaan hati untuk menukar lemak kepada tenaga.

3. Red bush tea

Foto: Temple Illumination

Teh ini popular di Afrika Selatan yang diminum untuk membantu menyingkirkan toksin dalam badan. Red bush tea ini juga meningkatkan pelawasan dan mengelakkan daripada sembelit.

4. Barberry tea

Foto: Health Tips

Teh ini pula mampu meningkatkan tenaga serta mengurangkan bilangan reseptor pada permukaan sel lemak. Terdapat kajian yang dilakukan mendapati bahawa, teh ini boleh mengelakkan berat badan bertambah dan membantutkan penghasilan insulin di dalam diet lemak tinggi.

Kesimpulannya, kalau anda sedang berdiet bolehlah minum antara 4 jenis teh ini. Selamat berdiet!

Sumebr: Cosmopolitan

tex_admin