Categories: Eat Travel

Ini Resipi Mudah Untuk Roti Pisang, Dijamin Lembut Dan Sedap

Kenapa makan roti biasa bila anda boleh makan roti yang berperisa? Secara lebih khusus, roti pisang.

Di sini ada resipinya yang bukan saja enak dimakan tapi lembut, tak memuakkan serta kurang manis. Eloklah kalau dihidang kepada anak-anak anda.

Penggunaan gula perang adalah penting untuk menaikkan rasa, manakala mascarpone pula menambahkan kelembutan pada tekstur roti ini.

Jom cuba!

Foto: Bon Appetit

Bahan-bahannya:

1 ½ cawan tepung serbaguna

1 ¼ sudu teh soda bikarbonat

¾ sudu teh garam

1 cawan gula perang (dimampatkan)

½ cawan mascarpone / Greek yogurt kosong/ sour cream

¼ cawan mentega tawar, di suhu bilik

2 telur besar

4 biji pisang masak yang besar, dilenyekkan (mashed)

½ cawan coklat kurang manis yang dipotong (optional)

½ cawan kacang walnut yang dipotong (optional tapi disyorkan)

Cara-caranya

  1. Panaskan ketuhar ke 170 darjah Celcius. Sapukan sedikit minyak sayur ke permukaan loyang roti bersaiz 8 ½ x 4 ½ inci dan letakkan kertas minyak. Pastikan ada lebihan kertas di dua-dua belah yang panjang.
  2. Ayak tepung, soda bikarbonat dan garam ke dalam mangkuk bersaiz sederhana.
  3. Dengan menggunakan electric mixer berkelajuan medium-high, pukul gula perang, mascarpone dan mentega di dalam mangkuk besar hingga ia menjadi ringan dan gebu, dalam 4 minit.
  4. Tambahkan sebiji telur dan hancurkan sampai sebati dengan adunan; kemudian masukkan sebiji lagi telur dan hancurkan. Ingat! Kaut sekali adunan yang melekat di dasar dan tepi mangkuk itu.
  5. Kurangkan kelajuan mixer, tambahkan campuran tepung dan kacau hingga sebati. Tambahkan pula pisang dan kacau. Jika anda ingin memasukkan coklat dan walnut di dalam resipi, inilah masa untuk tambahkannya. Yang penting, kacau semuanya hingga rata.
  6. Tuangkan adunan ke dalam loyang yang telah disediakan. Ratakan permukaannya.
  7. Bakar roti dalam masa 60 ke 65 minit; gunakan batang pencucuk untuk tengok jika ia sudah cukup masak atau tak.
  8. Alihkan loyang ke rak dawai dan biarkan sejuk selama sejam. Keluarkan roti dari loyang dan biarkan betul-betul sejuk sebelum potong.

Sumber: Bon Appetit

Ad Ops