Categories: Sihat

Tip Diet Meghan Markle Untuk Nampak Gorgeous Di Hari Perkahwinan

Penulis percaya, pasti ramai dalam kalangan anda yang nak tahu tip diet yang diamalkan oleh Meghan Markle sebelum melangsungkan perkahwinan bersama Prince Harry kan? Kalau kita lihat Meghan begitu langsing dan cukup anggun apabila menggayakan gaun perkahwinannya. 

Kalau anda nak tahu, Prince Harry pula memang mengamalkan pemakanan yang sihat dan seimbang dalam kehidupan sehariannya. Patutlah nampak kacak setiap masa!

Begitu juga dengan Meghan, beliau mula mengamalkan diet yang sihat untuk mendapatkan kesan yang flawless dan slim semasa hari perkahwinan bersama putera idamannya. Jom kite semak antara diet yang Meghan amalkan.

1. Vegan diet

Foto: Healthline

Meghan mengamalkan vegan diet iaitu antara diet yang hanya mengambil makanan yang berunsurkan sayur-sayuran sahaja. Tetapi, Meghan tidak terlalu strict mengikut menu vegan diet ini semata-mata, beliau ada mencampurkan menu diet tersebut bersama ikan, ayam dan daging. Dengan cara ini, Meghan bukan sahaja mendapat khasiat daripada sayur-sayuran, tetapi juga mendapat sumber protein yang secukupnya.

2. Smart snacks

Foto: Fashion Lady

Kalau kita ambil snacks atau makanan ringan mesti yang tidak berkhasiat kan? Berbeza pula dengan Meghan, beliau bijak dengan mengambil makanan ringan yang mengandungi nutrisi yang tinggi! Antara menu makanan ringan kegemaran Meghan adalah hirisan epal bersama mentega kacang dan garam laut (sea salt). 

Kalau anda nak tahu epal mengandungi serat yang tinggi, manakala mentega kacang pula mengandungi protein dan lemak yang sihat yang cukup bagus untuk tubuh badan kita. Garam pula berfungsi untuk mengurangkan kemanisan pada menu tersebut. 

3. Green juice

Foto: Collective Revolution

Kalau anda nak tahu jus hijau antara jus yang bagus untuk mendapatkan vitamin dan mineral daripada sayur-sayuran. Untuk mengekalkan kesegaran badan agar terus bertenaga, Meghan sentiasa mengambil jus hijau sebagai ganti kepada secawan kopi. 

Gabungan buah epal, kale, bayam, halia dan lemon merupakan jus hijau yang membantu menurunkan kandungan kalori dan gula dalam badan.

4. Minum kombucha tea

Foto: Bebeautiful

Meghan sangat suka minum kombucha tea yang mempunyai khasiat secara semulajadi untuk usus dalam membantu proses pencernaan. Selain itu, teh ini juga membantu menenangkan saraf-saraf tubuh Meghan untuk kekal bertenaga sehingga ke hari perkahwinananya.

5. Mengambil makanan yang mengandungi Omega-3s

Foto: Be Brain Fit

Dalam menu seharian Meghan, beliau juga mementingkan untuk mengambil makanan yang mengandungi omega-3s seperti tuna. Walaupun beliau mengamalkan vegan diet, beliau merasakan sangat penting untuk mengambil makanan yang mempunyai khasiat yang lain seperti omega-3s.

6. Air putih

Foto: Serambi Indonesia

Bagi Meghan, untuk memulakan rutin hariannya dia akan mengambil segelas air suam bersama lemon. Ini kerana, gabungan air putih bersama lemon dapat membantu untuk merasa lebih cepat kenyang. Selain itu, Meghan juga turut minum 2 liter air putih sehari untuk mengekalkan badan terus terhidrasi.

Jadi, pada anda yang inginkan badan yang sihat, cantik dan langsing seperti Meghan Markle, bolehlah mengamalkan cara dietnya. Yang paling penting sekali, anda harus berdisiplin melakukan diet-diet ini. 

Selamat mencuba!

Sumber: Everydayhealth

tex_admin