Categories: Oh LawaParenting

Top 10 Gaya Classy & Elegan Tetamu Yang Hadir Ke Royal Wedding Putera Harry-Meghan Markle

Selain gaun perkahwinan Duchess of Sussex, Meghan Markle yang hangat diperkatakan ramai, gaya fesyen tetamu yang hadir ke majlis perkahwinan diraja Britain yang berlangsung penuh istiadat dan meriah pada Sabtu lalu juga turut menjadi perhatian lensa kamera.

Berikut merupakan Top 10 fesyen tetamu yang hadir ke majlis perkahwinan Putera Harry dan Meghan Markle di mana gaya yang ditampilkan cukup anggun, elegan dan classy.

1. Priyanka Chopra

Foto: Instagram Priyanka Chopra

Foto: Instagram Priyanka Chopra

Bintang Bollywood ini tampil dengan busana rona ungu rekaan Vivienne Westwood, dilengkapkan lagi dengan topi Philip Treacy, kasut Jimmy Choo dan barang kemas Lorraine Schwartz.

2. Amal & George Clooney

Foto: Getty

Amal menggayakan baju rekaan Stella McCartney dengan topi daripada Stephen Jones serta aksesori Lorraine Schwartz.

3. Victoria & David Beckham Getty

Foto: Getty

Victoria memakai busana rekaannya sendiri dengan kasut pumps berwarna merah terang. Manakala sut David daripada Dior Homme.

4. Kate Middleton

Foto: Ben Stansall//AFP/Getty Images

Biarpun menggayakan busana yang sama beberapa kali, namun isteri kepada Putera William ini tetap tampil cantik dengan gaun rekaan Alexander McQueen, kasut rekaan Jimmy Choo serta topi Philip Treacy.

5. Lady Kitty Spencer

Foto: Getty

Lady Kitty Spencer yang dikatakan seiras dengan Princess Diana tampil elegan dengan rekaan Dolce & Gabbana, topi Philip Treacy dan rantai oleh Bulgari.

6. Sophie, Countess of Wessex

Foto: Getty

Sophie memakai busana two-piece daripada Suzannah.

7. Sarah Rafferty

Foto: Getty

Aktres siri ‘Suits’ ini tampil anggun dengan gaun Lanvin bersama clutch Tyler Ellis.

8. Serena Williams

Foto: Instagram Serena Williams

Bintang tenis dunia ini tampil sweet dengan gaun merah jambu Versace, aksesori barang kemas Bulgari serta jam tangan Audemars Piguet.

9. Oprah Winfrey

Foto: Getty

Pengacara hebat ini menggayakan gaun Stella McCartney serta dipadankan bersama beg Gabriela Hearst.

10. Ratu Elizabeth II

Foto: Getty

Ratu Elizabeth II mencuri perhatian dengan gaun hijau lime rekaan Stewart Parvin, topi oleh Angela Kelly, beg Launer serta kasut Anello & Davide.

Sumber: Pop Sugar

Ad Ops