Euforia Bola 2026
Trending By: Padin February 16, 2022 @ 10:13am

“Sisi Gelap Sebelum Kahwin… Jalin Hubungan Dengan Gambit Saifullah” – Ini Reaksi Isteri Bila Aaron Aziz Bawa Watak Lelaki Songsang

Pelakon Datuk Aaron Aziz mengakui isterinya, Datin Diyana Halik teruja dan tidak sabar untuk menyaksikan lakonannya dalam drama bersiri Suamiku Lelaki Pendosa yang kini bersiaran di slot Samarinda TV3.

Menerusi karya adaptasi novel Imamku Lelaki Pendosa tulisan Umie Nadzimah itu, Aaron membawakan seorang suami yang berkahwin demi menutup rahsia hubungan cinta songsangnya.

“Saya membawakan watak Dean Ilyas yang berkahwin dengan Cahaya Malaika lakonan Sophia Albarakbah. Sebenarnya, Dean mempunyai sisi gelap sebelum berkahwin dan menjalin hubungan dengan Izfairin, lakonan Gambit Saifullah.

“Apabila saya memberitahu isteri mengenai watak yang saya bawakan, dia yang teruja dan tidak sabar. Dia gembira dan mahu melihat saya membawa watak berbeza berbanding karakter yang pernah saya jayakan sebelum ini.

“Isteri percaya saya boleh bawa watak terbabit dan memberikan sokongan untuk saya mewarnakan watak Dean Ilyas dengan cara tersendiri,” katanya.

Aaron ditemui di sidang media virtual drama bersiri Suamiku Lelaki Pendosa pada Selasa.

Tambah aktor prolifik ini, biarpun watak Dean Ilyas agak sensitif, isteri dan anak-anaknya bersikap terbuka kerana memahami kerjayanya sebagai seorang pelakon.

“Isteri faham dan tahu apa yang saya lakukan. Anak-anak juga pun okay sahaja. Ini hanya sekadar watak yang saya jayakan. Apa yang saya harapkan, penonton dapat menerima cerita yang dipaparkan dengan hati terbuka.

“Apa yang dibawakan dalam drama bersiri ini bukanlah sesuatu yang asing dalam kehidupan kita. Ada pengajaran yang mahu dipaparkan, jadi saya berharap penonton dapat memberikan respons yang baik,” katanya lagi.

Selain Aaron, Sophia dan Gambit, karya 28 episod arahan Eyra Rahman ini turut dijayakan oleh Fauzi Nawawi, Datin Maria Farida, Aleza Shadan, Shima Anuar, Edika Yusof dan ramai lagi.

Jangan lupa saksikan Suamiku Lelaki Pendosa, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di slot Samarinda, TV3.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Thu, 16 Jan 2025

“Kalau Tak Nak Tengok, Lantaklah Saya Ada Hak”- Shuib Perjelas Dakwaan ‘Tunggang’ Isu Arwah Siti Sarah

‘Saya post orang rumah saya, bukan post orang rumah dia. Apa masalah dia? – Shuib

Hiburan Mon, 23 Oct 2023
Featured Tue, 16 Jan 2024

Kekal Tenang & Positif, Siti Nurhaliza Banyak Amalkan Istighfar

Mashaa-Allah, patutlah TokTi tenang & murah dengan senyuman sentiasa❤️❤️❤️

Featured Wed, 17 Feb 2021

NTV7 Lancar Didik TV KPM Bermula Hari Ini, Platform Terbaik Buat Pelajar

NTV7 hari ini memeterai kerjasama dengan dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (“KPM”) dalam melancarkan saluran khusus TV Pendidikan dan Didik Hiburan yang dikenali sebagai DidikTV Kementerian Pendidikan Malaysia (DidikTV KPM). DidikTV dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri […]

Trending Mon, 13 Nov 2017

如果这些科幻电影少了特效,更本就是在看喜剧嘛!

特效,是指特殊的效果;通常是由电脑软件制作出一些无法在现实出现的场景和情节。在加上特效前,演员到底是怎么揣摩角色?

Trending Tue, 27 Aug 2019

Dibius Dan Didera Secara Seksual Oleh Doktor Bedah

250 Kanak-Kanak Didakwa Dibius Dan Didera Secara Seksual Oleh Seorang Doktor Pakar Lebih 3 Dekad

error: Content is protected !!