Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida April 3, 2019 @ 3:47pm

‘Syok Baring Kat Lantai, Sedar-Sedar Dah Dalam Ambulans’- Azhan Rani Kongsi Pengalaman Cemas Di Set Nur 2

Pelakon berbakat besar Azhan Rani berkongsi pengalaman ketika menjalani penggambaran drama rantaian Nur 2 yang kini hangat ditayangkan di TV3.

Menerusi laman Instagramnya, Azhan yang memegang watak sebagai Syed Hamadi dalam drama itu memaklumkan dia jatuh sakit ketika berada di penjara Kajang yang ketika itu menjadi lokasi penggambaran.

“ Masa kejadian ni kami baru dua minggu shooting rasanya. Tak semua dalam family ni aku kenal pun. Tapi lepas kejadian ini kami jadi lebih rapat dan aku dah boleh ingat nama semua dalam family ini

“ Masa ni shooting kat Penjara Seremban, dari pagi kat situ. Cuaca memang panas melampau masa ni. Masa ni juga badan tengah demam selsema.

“ Masa tu aku ride, sampai sana sementara tunggu set up aku baring kat lantai. Entah apa agak lama jadi syok baring kat situ sampai la sedar2 aku dah dalam ambulance dan dibawa ke Hospital Seremban,” tulisnya.

Sementara itu, Azhan turut berterima kasih kepada pihak produksi dan Hospital Seremban yang banyak membantunya ketika itu.

“ Terima kasih doktor-doktor kat unit kecemasan sana. Walaupun dia kata dia benci Syed Hamadi tapi tetap cucuk jarum dengan penuh hemah kat aku. Alhamdulillah walaupun agak lama kat unit kecemasan tu berjaya juga aku elakkan admitted kat situ,” tulisnya.

Tambahnya yang membawakan watak antagonis dalam Nur, dia terharu melihat sikap prihatin pasukan produksi drama itu yang mengambil berat dan tidak berhenti membantunya ketika dia jatuh sakit.

“ Dia hari tu dapatlah aku insaf kejap sbelum jahanam semula di set hari seterusnya,” tulisnya berseloroh.

 
 
 
View this post on Instagram

hah nak share sikit di sebalik scene penjara ni.. masa ni shooting kat penjara seremban.. dari pagi kat situ.. cuaca memang panas melampau masa ni.. masa ni juga badan tengah demam selsema.. terima kasih pada klinik penjara yang sudi berikan ubat demam masa tu.. tapi masa scene cakap dengan aishah kat telefon tu memag berat sangat mata.. angkat kepala pun time director sebut “action” je.. separuh dialog skrip separuh lagi dah jadi dialog aku.. lepas scene kat penjara ni petangnya kami move ke senawang untuk scene di restoren.. masa tu aku ride.. sampai sana sementara tunggu set up aku baring kat lantai.. entah apa agak lama jadi syok baring kat situ sampai la sedar2 aku dah dalam ambulance dan dibawa ke hospital seremban.. tq doctor2 kat unit kecemasan sana. walaupun dia kata dia benci syed hamadi tapi tetap cucuk jarum dengan penuh hemah kat aku.. alhamdulillah walaupun agak lama kat unit kecemasan tu berjaya juga aku elakkan admitted kat situ.. walaupun terpaksa check in kat hotel area tu atas bantuan pm che @onechinoiz dapat la juga recover demam balik lepas 2 hari.. apa yang aku takkan lupa tentang family ini masa kejadian ini.. masing2 ambik berat dan bagi bantuan.. betapalah aku sayangkan family ni padahal sebab aku diaorang kena delay scene ni buat hari lain.. tq @remy__maghrib yang sempat rakam dan edit video ni.. @khiriah17 @ejchomey dan yang lain2 yang tak putus menolong dan bagi semangat.. @amhus_amiegus yang tolong bawakan motor.. dan family #nur2 yang lain yang menghulurkan bantuan.. 2 hari tu dapatlah aku insaf kejap.. sebelum jahanam semula di set hari seterusnya.. masa kejadian ni kami baru 2 minggu shooting rasanya.. tak semua dalam family ni aku kenal pun.. tapi lepas kejadian ini kami jadi lebih rapat dan aku dah boleh ingat nama semua dalam family ni..syukur kerana berada di family ini dan terima kasih family #nur2 ❤️ #behindthescene #nur2 #arahan @budakijat @radiusone_official @dramaradiusone

A post shared by Azhan Rani (@azhan_rani) on

Jangan lupa tonton drama Nur 2 yang bersiaran setiap Isnin-Khamis bermula jam 10 malam di TV3 dan saluran Tonton.my. Agak-agak apa pulak Ustaz Adam buat malam ni ya? 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 23 Jul 2024

Bekas Isteri Andika Putera ‘Spill The Tea’… Dedah Bukti Perbualan WhatsApp Dengan Staff Sendiri -“Dah Bersayang, Ber-B Bagai Tak Curang Ke?”

Alamak, bekas suami kata fitnah besar… Tapi, bekas isteri siap mengaku bekas suami curang sejak tahun 2020🔥🔥🔥

Hiburan Fri, 14 Sep 2018

Rakan Dedah Accapan Sangat Merendah Diri Dan Tidak Berkira

Bekerjasama dalam sitkom yang bermula pada tahun 1985, Angeline memberitahu mendiang seorang yang gemar berkongsi ilmu ketika bekerja.

Featured Tue, 9 May 2023
Hiburan Thu, 30 Oct 2025
Hiburan Mon, 8 Dec 2025

Zizie Ezette Sebak, Dedah Pesanan Terakhir Bung Moktar

Zizie berkata arwah suaminya tidak pernah mencari perhatian atas amal kebajikannya

Hiburan Wed, 24 Jan 2018

BE PREPARED TO SAY GOODBYE TO ED SHEERAN BECAUSE HE’S GONNA QUIT MUSIC

Ed Sheeran has confirmed his leave from the music scene in a recent interview!

Hiburan Thu, 5 Mar 2026
Featured Fri, 17 Apr 2026

Azar Azmi Nafi Guna RM40,000 Sumbangan Aliff Syukri Untuk Ikat Jamin Suami, Fokus Bayar Hutang Cecah Ratusan Ribu Ringgit

Azar Azmi mengaskan bahawa duit sumbangan daripada usahawan selebriti, Datuk Seri Aliff Syukri yang terimanya baru-baru ini bukanlah untuk mengikat jamin suami.

error: Content is protected !!