Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi August 19, 2025 @ 6:47pm

Syukur Tak Diboikot, Eda Ezrin Bakal Buat Persembahan Di Kelantan – “Saya Terima Banyak Tawaran…”

Penyanyi dikir barat popular Kelantan, Eda Ezrin mengakui jadualnya kembali padat dengan pelbagai jemputan persembahan sejak pulang ke pangkuan keluarga pada 7 Ogos lalu selepas dibebaskan dari Penjara Narathiwat.

Eda atau pemilik nama sebenar, Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail, dijangka kembali mewarnai industri hiburan pada minggu depan selepas dua minggu meluangkan masa bersama keluarga.

Memetik laporan Berita Harian, Eda berkata buat masa ini dia hanya akan menerima tawaran persembahan di Kelantan sahaja.

“Saya masih belum bersedia untuk bergerak jauh bagi sebarang persembahan, terutamanya di luar Kelantan,” katanya yang memaklumkan ada menerima tawaran dari Kuala Lmpur, Johor dan beberapa negara lain.

Sebelum ini, Harian Metro melaporkan pelantun lagu Bea Soba Bea ini mendapat banyak tawaran untuk membuat persembahan.

Berkongsi mengenai keadaan diirnya, Eda meluahkan rasa syukur kehidupannya semakin stabil dan membaik setelah bersama keluarga.

“Alhamdulillah, banyak tawaran diteirma dan saya bersyukur tidak diboikot apabila masih ramai yang mahukan saya membuat persembahan,” katanya.

Terdahulu, Eda Ezrin akhirnya dibebaskan pada 7 Ogos lalu selepas lebih sembilan bulan ditahan di Penjara Pusat Narathiwat, Thailand.

Pembebasan itu dibuat susulan kegagalan pihak pendakwa raya Thailand mengemukakan bukti dan saksi bagi menyokong rayuan terhadap kes berkenaan.

Hakim Mahkamah Penjara Narathiwat memutuskan untuk melepaskan penyanyi berusia 30 tahun itu bersama suaminya serta empat individu lain kira-kira jam 11 pagi (waktu tempatan).

Pada 6 Mac lalu, Mahkamah Wilayah Narathiwat yang bersidang selama tiga hari bermula 11, 13 dan 14 Februari memutuskan untuk membebaskan Eda Ezrin, suaminya, Mohd Affendi Ahmad, 35 dan empat rakan mereka iaitu Eridieka Mohd Noor, 33, Mohamad Alif Deraman, 33, Nur Aida Mamat, 33, serta Zuhaira Nasrin, 26.

Bagaimanapun, pendakwa raya mengemukakan rayuan terhadap keputusan tersebut dan mahkamah membenarkan lima lanjutan permohonan rayuan, masing-masing bermula dari 6 Mac hingga 6 April, 6 April hingga 6 Mei, 6 Mei hingga 10 Jun, 10 Jun hingga 6 Julai dan terakhir dari 6 Julai hingga 6 Ogos.

Artikel Berkaitan: “Terima Kasih Tidak Pernah Membelakangkan Saya” –  Alami Detik Sukar, Eda Ezrin Syukur Dapat Pulang Ke Pangkuan Keluarga

Artikel Berkaitan: Eda Ezrin Bebas Selepas Lebih 9 Bulan Ditahan di Penjara Narathiwat

Sumber: Berita Harian, Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 15 Jul 2021

Bayaran RM500 One Off PEMERKASA Plus Dibayar Mulai…

Menurut Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD), bayaran bagi penerima bantuan Pemerkasa Tambahan kategori servis pengangkutan awam akan dibayar bermula  27 Julai ini. Menerusi kenyataan yang dikemukakan oleh agensi itu, tarikh pembayaran dipinda daripada perancangan terdahulu […]

Featured Wed, 28 Dec 2022

Kongsi Ilmu & Nasihat, Warganet Beri Penghargaan Kepada Hana Ismail – “Memang Tengah Nangis Ni, Terima Kasih…”

Tular sebuah perkongsian yang dimuat naik oleh pengacara Hana Ismail yang memberi nasihat dan kata-kata semangat kepada pengikut di laman TikTok miliknya, baru-baru ini. Menerusi hantaran tersebut, Hana memberi semangat kepada mereka yang sedang berada […]

Featured Mon, 17 Oct 2022
Hiburan Tue, 27 Nov 2018

Kontroversi Libatkan Forteen, Izzue Nafi Itu Bukan Gimik

Jangan tuduh bukan-bukan okay, tak baik!

Hiburan Mon, 15 Dec 2025
Hiburan Mon, 8 Oct 2018

狄妃「活着进棺材」探索生命的意义

配合马来西亚首个生死特展的系列活动「活着进棺材」日前邀来狄妃参与!躺过棺材的她,坦言曾因「等」的恶习错过了一些事,造成终身遗憾。

Hiburan Wed, 24 Oct 2018

#MuzikMuzik33: Hamil Tidak Halang Semangat Liza Hanim Di Pentas Separuh Akhir

Lagu bertajuk Mimpi ciptaan Hafiz Hamidun, manakala lirik Fedtri Yahya ini bakal dipersembahkan di pentas separuh akhir MM 33 bermula 9 November sehingga 23 November ini. All The Best Kak Liza!

Hiburan Sat, 20 Jul 2019

‘Sifu’ Dah Sedia, Jom Ke Uji Bakat Mentor Milenia 2019 Bermula 3 Ogos Ini!

Untuk anda yang berusia dari 17-23 tahun, jom ke uji bakat pada 3-4 Ogos (Promenade Hotel, Kota Kinabalu, Sabah), 24-25 Ogos (Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam) dan 7-8 September (Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam)

error: Content is protected !!