Euforia Bola 2026
Acara By: Padin October 20, 2024 @ 9:00pm

Syura, Azza Elite, Cat Farish, Qistina Raisah Antara Selebriti & Pempengaruh Popular Meriahkan Havoc Food Festival… Bakal Singgah Ke Negeri Sembilan & Sabah!

Antara selebriti dan pempengaruh yang akan memeriahkan Havoc Food Festival kali ini termasuklah Ojen Aiwahh, Azza Elite, Reen Rahim, Qistina Raisyah, Syura Badron, AI Sulong, Vicha Saywho, Cat Farish, Shikin Maembong, Asfan Shah, Liya Maisara, Vokey, Eira Aziera , Pablo Faka , Afiqah Hasanah, Daud Reny Latah, Cikidot, Aliyah Balqis, Mat Alip, Zaki Azeman, Raa Suzuran, Baby Ainatul dan ramai lagi.

Memasuki tahun kelima penganjuran, Havoc Food Festival di bawah platform Havoc Event & Management Sdn Bhd masih mempunyai matlamat yang sama iaitu menjadi hub atau karnival makanan terbaik buat para usahawan bumiputera dalam menjana pendapatan.

Terbaharu, Havoc Food Festival akan bermula 24 sehingga 27 Oktober 2024 di Dtempat Country Club Sendayan, Negeri Sembilan bermula pukul 11 pagi hingga 12 tengah malam, dan mereka akan ke terbang buat julung kalinya ke Sabah bersempena Havoc Tour Sabah 2024 mulai 30 Oktober sehingga 3 November di SICC Kota Kinabalu Sabah dan meneruskan Havoc Food Festival di Komplek Sukan Sandakan pada 6 hingga 10 November 2024.

Havoc Food Festival sekali lagi juga bukan tentang karnival makanan semata-mata tetapi diisi pelbagai aktiviti buat pengunjung dan menampilkan vendor-vendor tempatan, serta memberi peluang kepada usahawan makanan untuk memasarkan produk mereka kepada lebih ramai orang, seterusnya meningkatkan pendapatan dan memperluas pelanggan.

Buat julung kali, bermula Havoc Food Festival 37.0 2024 menerima tajaan daripada Perfume Paradise yang menyifatkan karnival makanan ini selaras dengan matlamat mereka dalam usaha membantu para usahawan bumiputera berkembang.

“Kami di Perfume Paradise berbesar hati menjadi penaja utama Havoc Food Festival 2024 – 2025 kerana melihat usaha yang dilakukan karnival ini adalah selari dengan matlamat kami iaitu membantu golongan usahawan bumiputera berkembang dengan perniagaan mereka.

“Sebagai syarikat bumiputera juga, Perfume Paradise mahu bersama-sama mengukuhkan platform Havoc Event & Management dalam menjalin kerjasama bukan hanya dalam kalangan para usahawan sektor IKS tetapi juga bersama para selebriti, pempengaruh dan semua pengguna media sosial yang dapat menyokong ekonomi setempat.

“Menerusi pembabitan julung kali Perfume Paradise dalam Havoc Food Festival, kami berharap agar orang ramai dapat hadir dan menyokong karnival makanan ini selain mendapat manfaat daripada beberapa program yang dianjurkan sepanjang empat hari ia
berlangsung,” ujar Ketua Pagawai Eksekutif Perfume Paradise, Nur Afiqah Amran.

Ketua Pegawai Operasi Perfume Paradise, Mohd Safwan Shari pula memaklumkan Havoc Food Festival akan menjadi tajaan penuh pertama daripada syarikat mereka sebelum mempunyai beberapa projek lain bersama Havoc Event & Management.

“Perfume Paradise bakal menjalin banyak kerjasama dengan Havoc Event & Management pada masa akan datang dan kami mempunyai banyak rancangan perniagaan bersama yang mahu dilakukan sepanjang tahun 2025,” ujar Safwan.

Sementara itu, Havoc Event & Management selaku penganjur berikrar karnival yang diadakan selama empat hari di Sendayan akan berjalan dengan lebih lancar dan tidak mengecewakan pengunjung.

Selain disertai oleh para usahawan yang menjual pelbagai produk berasaskan makanan, Havoc Food Festival juga dimeriahkan dengan pembabitan barisan selebriti dan pempengaruh.

“Selaku penganjur kami akan memperbaiki mutu penganjuran karnival pada setiap tahun dan begitu juga yang telah dilakukan Havoc Event & Management menerusi Havoc Food Festival kalini.

“Selain pesta atau karnival makanan, pengunjung boleh terlibat dengan pelbagai aktiviti yang dianjurkan sama ada bersifat riadah atau pengisian rohani. Ramai selebriti serta pempengaruh yang menanti pengunjung bukan hanya untuk menjual beli tetapi beramah mesra dengan selebriti yang mereka minati,” ujar Encik Faizul selaku Ketua Pengarah Urusan, Havoc Event & Management.

Tidak lengkap Havoc Food Festival 37.0 kalini tanpa pengisian lain seperti acara Havoc Berselawat dan Qasidah Perdana yang diterajui Sheikh Imran Angulia , Ustaz Bashir Mohammed Azhari bersama kumpulan qasidah Nur Ahli Badar.

Program “Our Next Guest “ sebuah program podcast baharu yang diperkenalkan di Havoc Food Festival kalini , membawakan pengacara popular daripada Singapura iaitu Dynn Norahim sebagai moderator serta menampilkan selebriti-selebriti popular yang sedang berhijrah yang akan dijalankan penggambaran di setiap lokasi Havoc Food Festival dan disiarkan di saluran youtube SoutulDeen.

“Kami sebolehnya ingin menganjurkan sebuah karnival yang seimbang bukan hanya buat golongan usahawan bumiputera yang terlibat tetapi memberi manfaat kepada pengunjung yang hadir.

“Maka dengan itu jangan lupa kunjungi Havoc Food Festival 37.0 2024 bermula 24 Okt hingga 27 Oktober 2024 bermula pukul 11 pagi hingga 12 tengah malam di Dtempat Country Club Sendayan, Negeri Sembilan.

“Semoga penganjuran kali ini mendapat sambutan dan kami terus menganjurkan carnival yang sama pada tahun akan datang,” Faizul lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Thu, 20 Feb 2020
Acara Wed, 15 Nov 2023

Anjur Kempen Projek Mimpi, Sirap Limau Tawarkan Wang Tunai Bernilai RM5,000 Untuk Realisasi Impian!

Setiap orang ada impian masing-masing kan? Sirap Limau ada anjurkan kempen Projek Mimpi untuk realisasi cita-cita korang tu, cepat jangan lepaskan peluang ni guys!

Acara Fri, 1 Apr 2022

Celebrity Superstar Asia 2022 Cari Bakat Baharu!

Pertandingan Celebrity Superstar Asia 2022 bakal dianjurkan oleh Quinton Academy dan Lomo Pictures dengan kerjasama Broadway Academy. Program ini dijangka akan mengambil masa kira-kira empat bulan sebelum mencapai kemuncak dan uji bakat secara atas talian […]

Acara Tue, 30 Jan 2018

Dato’ Fazley Buru Coconut Shake Terbaik Di Kelantan

Penyanyi dan chef selebriti popular, Dato’ Fazley Yaacob memulakan misi pencarian Coconut Shake terbaik di Malaysia dengan menjelajah ke lokasi pertama di Kota Bharu, Kelantan pada 25 Januari lalu.

Acara Sat, 8 Feb 2020
Acara Mon, 22 Jul 2019

Datuk Alha Alfa optimis curah ilmu solekan

Uqasha Senrose gamatkan Masterclass Makeup Alha Alfa

Acara Tue, 17 Oct 2023

Pertunjukan Fesyen Navarasa Inspirasi Saree, Raihkan Warisan Malaysia

Pertunjukan Fesyen Warisan Navarasa, yang dianjurkan oleh Bkay Nair Resources (BNR), berakhir dengan kemuncak yang spektakuler pada 14 Oktober 2023 di Kompleks Kraf Kuala. Acara in, yang berlangsung selama beberapa hari, menghimpunkan peminat fesyen, artis, […]

Acara Mon, 25 Jun 2018

Promosi Filem Pulang Di Pavilion Kuala Lumpur Happening!

Membayangkan detik cemas dipukul ombak di tengah lautan tanpa mengetahui setinggi dan sebesar mana gelombang ombak, menuntut imaginasi besar buat Remy.

error: Content is protected !!