Euforia Bola 2026
OMG By: Aisyah Badrul May 15, 2020 @ 1:10pm

“Tak Boleh Dekat-Dekat, Social Distancing,” – Foto ‘Sweet’ YDP Agong Dan Permaisuri Buat Rakyat Terhibur

Tidak dinafikan, YDPA Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sangat disenangi kerana sikap yang mudah didekati dan sering prihatin dengan masalah dihadapi oleh rakyat dan negara.
 
Malah, baginda berdua dilihat sering turun padang bagi membantu rakyat yang sedang dalam kesusahan sehingga mendapat pujian daripada netizen.Bukan itu sahaja, mereka juga seringkali memperlihatkan sisi “sporting” dan sangat mesra rakyat. Tidak hairanlah baginda berdua sentiasa disenangi rakyat jelata.

Terbaru, Baginda Permaisuri telah memuatnaik sekeping gambar bersama Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah menerusi akaun Instagram @airtangan_tunkuazizah.

View this post on Instagram

tak boleh dekat2 ….. social distancing ….

A post shared by SPB Raja Permaisuri Agong (@airtangan_tunkuazizah) on

Gambar yang memperlihatkan YDP Agong dan Permaisuri berpegangan tangan sambil melakukan penjarakkan sosial ternyata telah mencuit hati rakyat yang melihatnya.

“tak boleh dekat2 ….. social distancing …. ,”

Ternyata perkongsian ini telah disambut baik oleh warganet. Menjengah ruangan komen, rata-rata daripada mereka memuji foto tersebut dan mengaggap tindakan baginda berdua sangat manis.

Kredit foto: Instagram @airtangan_tunkuazizah
Kredit foto: Instagram @airtangan_tunkuazizah

Sumber: Instagram @airtangan_tunkuazizah

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 13 Sep 2022

Heboh Cuti Bersalin Dr Amalina Setahun, Dapat 5 Bulan Gaji Penuh… Netizen Senaraikan Syarikat Tempatan Tawar Manfaat Sama

Fuhhhh, seronoknya 🥺🥺 Tapi kat Malaysia pun ada juga gais! Ramai kongsi syarikat yang tawarkan manfaat sama! 🥰🥰

Kisah Viral Mon, 17 Jul 2023
Featured Wed, 28 Sep 2022
Featured Thu, 6 Oct 2022
Featured Sat, 30 Jul 2022

“Setengah Orang Hanya Ditakdirkan Sebagai Kenangan..” – Tulis Ciapan Patah Hati, Netizen Spekulasi Hubungan Aedy Ashraf & Amelia Henderson Putus

Ehh, tweet Aedy semenjak dua hari ni macam broken je.. Hm betul ke putus dengan Amelia Henderson? 🥲 Apapun semoga yang baik baik je antara mereka 🥲

error: Content is protected !!