Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi November 27, 2025 @ 1:00pm

“Tak Pasti Kalau Ada Yang Mencucuk…” – Persoal Tindakan Shakilla, Fizi Ali Mohon Maaf Andai Ada Pihak Tersinggung Cara Urus Anak

Penyampai radio dan pelakon, Fizi Ali mengakui tidak menyangka ibadah Umrah pertamanya bersama keluarga mencetuskan spekulasi, susulan tindakan bekas isterinya, Shakilla Khoriri telah memuat naik status berbaur kontroversi.

Ketika ditemui media, Fizi atau nama lengkapnya, Mohd Hafizudin Alimudin, 36, menjelaskan hubungan komunikasi antara mereka sebelum ini sentiasa berada dalam keadaan baik, terutama ketika masing-masing bergilir menjaga dan membawa anak mereka, Ameena Sofia, bercuti.

“Saya sendiri terkejut bila perkara ini terjadi di Tanah Suci. Selama ini kami selalu berhubung. Kalau nak telefon atau mesej, dia (Shakilla) akan tanya dulu Ameena. Tak pernah timbul masalah sebelum ini.

“Kejadian macam ini memang tak sepatutnya berlaku… tapi saya pun tak tahu apa yang membuatkan dia bertindak begitu,” katanya.

Fizi ditemui ketika menghadiri Majlis Pengumuman Pra-Kemuncak Anugerah Bintang Popular BH ke-37 (ABPBH 37) di Menara Kuala Lumpur, malam Rabu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fizi Ali (@fiziali_)

Meskipun tidak mengetahui punca sebenar isu itu terceus, Fizi bagaimanapun tetap memohon maaf kepada mana-mana pihak yang mungkin terasa hati dengan caranya menguruskan anak sepanjang mereka menunaikan ibadah.

“Mungkin ada khilaf daripada saya. Jadi saya minta maaf kalau ada sesiapa yang rasa saya tak bertanggungjawab. Dengan sepuluh jari, saya mohon maaf atas apa yang berlaku,” katanya.

Dalam pada itu, Fizi berharap isu berkenaan tidak lagi diperbesarkan kerana segala urusan berjalan lancar sebaik mereka pulang ke tanah air.

Katanya, sebarang salah faham sebenarnya boleh diselesaikan secara peribadi tanpa perlu melibatkan pihak luar.

“Benda macam ni sebenarnya boleh saja mesej terus. Bila jadi besar-besar, jadi tak sedap pula. Saya tak pasti ada orang yang ‘mencucuk’ atau tidak, tapi lebih baik selesaikan secara privasi. Bila saya hantar anak balik pun, semuanya okay. Apa pun, hal ini dah pun selesai,” katanya.

Sebelum ini, Shakilla mendakwa sudah sembilan hari tidak menerima khabar mengenai Ameena ketika kanak-kanak itu mengikuti Fizi menunaikan umrah.

Untuk rekod, Fizi dan Shakilla bercerai pada Disember 2021 selepas empat tahun berkahwin dan dikurniakan seorang anak perempuan, Ameena, kini berusia enam tahun.

Fizi kemudian mendirikan rumah tangga dengan Zulaikha pada 23 Oktober 2023.

Artikel Berkaitan: Ameena Tunai Umrah Bersama Fizi Ali, Shakilla Khoriri Dedah 9 Hari Tak Dengar Khabar Anak – “Umi Tak Berkecil Hati”

Artikel Berkaitan: Fizi Ali Persoal Tindakan Shakilla Khoriri, Minta Jangan Bangkitkan Isu – “Ameena Yang Tak Minta Untuk Call”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 13 Nov 2025

“Saya Hilang Sebahagian Diri Di Setiap Kehamilan” – Emosi Bergolak, Uyaina Arshad Mahu Fokus Pulihkan Diri

Uyaina Arshad mendedahkan setiap kali melalui fasa kehamilan, dia berdepan pergolakan emosi dan perubahan diri.

Hiburan Thu, 30 Jan 2020

Kongsi Gambar Lama, Zizan Bakal Ganti Ayie Floor 88?

Foto zaman muda yang dimuat naik oleh pelakon, pelawak dan pengacara Zizan Razak di akaun Instagram miliknya menjadi usikan teman selebriti dan netizen kerana bukan sahaja foto tersebut lucu, malah kapsyennya juga terlalu kelakar.  Mana […]

Trending Mon, 27 Nov 2017

美瞳扔了吧!黑科技20秒让黑眼睛变蓝眼睛

眼睛的颜色毕竟是由基因决定的,那我们炎黄子孙想要变成蓝眼睛只能通过佩戴美瞳,不过近日外媒曝出了一则国外的黑科技,可以让棕色眼睛20秒变成蓝色,这是怎么回事?

Kisah Viral Thu, 7 Sep 2023
Featured Fri, 11 Jun 2021

Kini Berusia 15 Tahun, Penampilan Putera Sultan Brunei Ini Curi Tumpuan Ramai

Penampilan Pengiran Muda Abdul Wakeel, anaknda kepada Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkian semakin mencuri tumpuan ramai. Rupa paras putera raja yang kini berusia 15 tahun itu ternyata menjadi perbincangan hangat orang ramai. Walaupun jarang dilihat […]

Hiburan Thu, 29 Sep 2022
Hiburan Thu, 6 Mar 2025

[VIDEO] Ridzuan Ridzokumura Sebak, Kongsi Nota Terakhir Allahyarham Akiko

Ridzuan Ridzokumura sebak, kongsi Allahyarham Akiko tulis nota terakhir

error: Content is protected !!