Euforia Bola 2026
LIFESTYLE By: SGMS Enal September 28, 2019 @ 12:21pm

Tarian Tradisional Malaysia Melebarkan Sayap Di Seoul

Persembahan tarian tradisional Malaysia telah berjaya menarik perhatian apabila mendapat tepukan gemuruh penonton pada pembukaan rasmi Pertandingan Tari Sedunia Cheonnan, di sini, malam tadi.

Mereka terpikat dengan keindahan dan kelembutan langkah tarian ‘Lenggang Lambung Sayang’ dan ‘Joget Layang Lambung’ yang dipersembahkan 26 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang mewakili Malaysia.

Pensyarah pengiring pasukan Malaysia, Dr Colleen Wong, yang juga Ketua Jabatan Seni Persembahan UPSI, berkata orang ramai mengemukakan banyak pertanyaan tentang persembahan Malaysia itu.

“Mereka tidak tahu bahawa Malaysia nempunyai khazanah yang begitu indah dan ingin lebih banyak pertunjukan diadakan di Korea Selatan,” 

Beliau berkata pertandingan itu unik dan sangat menarik konsepnya apabila 17 negara peserta dikehendaki membuat persembahan di tempat awam selain di atas pentas untuk memasyarakatkan seni tari.

Pasukan Malaysia sendiri mengadakan persembahan di Muzium Cheonnan Heuntaryeong dan di Seong Hwan Ehwa Market, masing-masing dengan persembahan selama 10 minit.

“Kita beruntung kerana kedua-dua lokasi itu memang tumpuan orang ramai dan mereka mengakui menikmati persembahan kita,” kata Wong.

Pagi ini, pasukan Malaysia yang berbekalkan lima jenis tarian mengadakan persembahan khusus untuk peringkat separuh akhir Pertandingan Tarian Antarabangsa di Samgeori Park di Cheonnan.

Malam ini, pula pasukan negara akan mengambil bahagian dalam pertandingan ‘Street Dance di Cheonnan.

Wong berkata pasukannya mempertaruhkan tarian tradisional Bidayuh, Sarawak ‘Sigar Nyikuh Jojak’ untuk merebut kejuaraan itu.

Tarian itu dipersembahkan selama 10 minit pada pertandingan separuh akhir tengah hari ini dan jika terpilih akan dipersembahkan sekali lagi di pertandingan peringkat akhir

Bagi komuniti tarian antarabangsa dan para pelajar terlibat, Festival Seni Tari Sedunia Cheonnan merupakan antara 10 festival terbaik dunia dan menjadi acara tahunan yang dianjurkan Kementerian Kebudayaan, Sukan dan Pelancongan Korea Selatan melibatkan lebih 5,500 peserta dari dalam dan luar negara.

Sumber: BERNAMA

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Fab Foodies! Thu, 27 Jun 2019

运动前喝咖啡速燃脂!「3种人」别碰

运动前喝咖啡有助加速燃脂,主要是跟咖啡因会加速心跳、增强血液循环有关,不过营养师警告,「高血压、慢性肾衰竭、肾功能不好者」不建议这样做,恐影响原本病情。

Fab Foodies! Thu, 9 May 2019
LIFESTYLE Thu, 16 Nov 2017

12张图告诉你,旅游和旅行的区别在哪里?

世界那么大,当你想去看看时,你选择的是旅游还是旅行呢?旅游和旅行除了字眼之外,到底这两者有什么区别?

Contest Wed, 27 Nov 2019
LIFESTYLE Wed, 16 Oct 2019

Lahir Anak Di Angkasa Lepas?

12 Tahun Lagi Mungkin?

LIFESTYLE Wed, 6 Mar 2019

目前烦人的问题有解决的机会吗?

现实生活当中,总有许多大大小小的问题;但面对这些扰人问题,有解决的机会吗?

Fab Foodies! Wed, 6 Jun 2018

Apa Di Dapur Bersama Chef Imelda; Nasi Impit Goreng Kampung

Nasi impit direbus sehingga masak dan sejukkan, Potong mengikut citarasa anda. Tak susah pun, cepat dan lazat! Kalau ada lebihan nasi impit dalam peti korang, cuba hari ini.

Fab Foodies! Mon, 8 Oct 2018

Hebatnya Sebiji Kentang Dapat Membantu Turun Berat Badan

Vitamin B, potassium, dan vitamin C sensitif terhadap air dan panas, sehingga mudah untuk hancur dengan metode masak tertentu.

LIFESTYLE Thu, 27 Sep 2018

Ingin Lebih Produktiviti Dalam Kerja Seharian, Jom Amalkan

7 tip cara berkesan untuk bangun awal dan tingkatkan produktiviti kerja setiap hari

LIFESTYLE Fri, 16 Aug 2019

Netizen Teruja Tunku Azizah Kongsi Menu Masakan Buat Pekerja Istana

Tuanku memaklumkan menu masakannya akan dibawa ke Pantai Balok untuk dinikmati oleh pekerja Istana dan juga pengawal keselamatan di sana

error: Content is protected !!