TECH By: SGMS Enal November 14, 2019 @ 10:45am

5 Aplikasi Untuk Hasilkan Kandungan Media Sosial Yang Lebih Menarik

Mungkin masih ada yang tercari-cari aplikasi mudah untuk menghasilkan kandungan media sosial yang lebih menarik. Semua aplikasi ini mudah digunakan dan tidak memerlukan kepakaran dalam reka bentuk. Anda boleh menambah kesan khas daripada koleksi templat yang terdapat dalam aplikasi tersebut. Di bawah ini kami senaraikan beberapa aplikasi percuma yang anda patut cuba.

1. Adobe Spark Post

 

Aplikasi percuma dari Adobe yang membolehkan anda menghasilkan teks dan foto yang lebih profesional. Merupakan cara yang cepat dan mudah untuk menghasilkan grafik yang menarik dalam semua keadaan. Bermula dalam beberapa saat dengan templat yang direka secara profesional, anda boleh menyuntingnya melalui beberapa langkah. Ia juga mempunyai beberapa jenis tulisan, animasi dan kesan khas rekabentuk lain yang boleh ditambah. Hanya perlu pilih foto anda, tambah teks dan gunakan filter rekaan untuk menghasilkan grafik lebih menakjubkan.

Antara ciri-ciri Adobe Spark Post ialah:

  • Ubah saiz secara automatik mengikut kesesuaian media sosial yang dipilih.
  • Menghasilkan animasi yang boleh dikongsi sebagai video.
  • Magik Teks.
  • Filter Rekabentuk.
  • Ubah palet warna rekabentuk secara automatik.

Aplikasi ini menyokong platform Android, iOS dan Desktop serta perlu mempunyai Adobe ID. Adobe Spark mempunyai ciri premium dimana anda boleh membuang watermark Adobe Spark untuk semua projek, menambah logo sendiri, warna atau jenis tulisan, mendapat lebih banyak templat dan tema serta ciri-ciri lain. Ciri premium ini boleh dilanggan secara bulanan atau tahunan.

2. Unfold

Aplikasi Unfold menawarkan templat minimalis dan elegan untuk menghasilkan kandungan media sosial yang lebih kemas. Ia menyokong kedua-dua foto dan video serta mempunyai banyak pilihan rekaan bagi setiap koleksi. Aplikasi ini mempunyai beberapa ciri percuma dan pengguna boleh melanggan Unfold+ yang mempunyai ciri premium secara bulanan atau tahunan. Antara ciri premium Unfold+ ialah koleksi baru boleh diakses dengan lebih awal.

Apa yang boleh dilakukan dengan Unfold?

  • Mempunyai lebih 150 templat dari keseluruhan koleksi yang tersedia.
  • Mempunyai 10 filter pada gambar yang diambil secara terus melalui kamera Unfold.
  • Mempunyai lebih 5 pilihan jenis tulisan.
  • Boleh menambah pelekat GIF.
  • Menyokong mod gelap.

Aplikasi ini tidak memerlukan pengguna untuk mencipta akaun baru. Ia boleh dimuat turun di App Store dan Google Play.

3. StoryArt

StoryArt adalah aplikasi untuk menyunting Instagram Stories yang menawarkan lebih 1000 templat bagi membantu anda membuat susun atur yang lebih menarik. Aplikasi ini sangat mudah digunakan, kerana ia menyediakan pelbagai templat pratetap yang boleh digunakan secara langsung untuk menghasilkan Instagram Stories. Selain templat, ia juga menyediakan pelbagai pilihan untuk menambah kesan rekaan. Anda boleh menambah teks dengan pelbagai jenis tulisan, filter, tema, dan sebagainya.

Apa yang boleh dilakukan dengan Story Art?

  • 1000+ templat untuk menghasilkan kandungan yang lebih menarik.
  • 70+ tema untuk dipilih termasuk Filem, Marble, Retro, dan Minimalis.
  • 300+ templat bagi kandungan animasi.
  • Boleh melaraskan kelajuan video dengan laju/perlahan.

Aplikasi StoryArt boleh didapati di App Store dan Google Play. Anda juga boleh melanggan StoryArt Pro secara bulanan, tahunan atau pembelian sekali sahaja dengan RM79.90 yang membolehkan anda mengguna lebih 80 Pro Filter, terima templat baru setiap minggu, dan ciri-ciri premium lain.

4. Canva

Selain menawarkan rekaan luar biasa bagi Instagram Stories, aplikasi ini turut menyediakan segala keperluan rekebentuk grafik termasuk penghasilan logo, kad undangan harijadi dan sebagainya. Untuk mendapatkan lebih banyak ciri premium seperti lebih 500 jenis tulisan yang eksklusif, akses yang tidak terhad untuk 1.5 juta ikon yang unik, ilustrasi dan foto yang berkualiti tinggi, anda boleh melanggan Canva Pro secara bulanan atau tahunan. Anda juga boleh mencuba Canva Pro secara percuma selama 14hari.

Apa yang ada pada Canva?

  • 60,000+ templat
  • Lebih 1 juta gambar latar belakang.
  • Mempunyai alat rekaan yang pelbagai
  • Mempunyai koleksi pelekat, lencana, ikon, bingkai, dan tekstur yang banyak.

Canva boleh dimuat turun di App Store atau Google Play dan merupakan antara aplikasi yang mempunyai penarafan tertinggi di kedua-dua platform. Aplikasi ini memerlukan daftar masuk terlebih dahulu sebelum dapat menggunakan ciri-ciri yang ada.

5. StoryChic

Seperti aplikasi StoryArt dan Unfold, StoryChic juga menawarkan templat Instagram Stories yang pelbagai.

Ciri-ciri:

  • Templat Animasi.
  • 500+ templat minimal & estetik.
  • Menyokong Foto & Video.
  • Blur Effect
  • Eksport dalam kualiti dan kelajuan yang tinggi.
  • Mudah untuk dikongsi di Instagram, Facebook, WhatsApp atau simpan ke album.

Berbeza dengan aplikasi Unfold, anda boleh menaiktaraf ke StoryChic VIP secara pembelian sekali sahaja dengan harga RM149.90. Antara kelebihan StoryChic VIP adalah anda dapat menggunakan semua ciri premium tanpa had dan menerima templat baru setiap minggu.

Aplikasi ini tersedia di Google Play dan juga App Store.

Jadi, sekiranya anda sedang tercari-cari aplikasi untuk mencipta kandungan yang menarik bagi perkongsian dimedia sosial, bolehlah mencuba salah satu daripada senarai diatas.

Sumber: wiser.my

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Thu, 5 Jul 2018

Razer Pay: Satu Lagi Aplikasi e-Dompet Membuat Kemunculan Di Malaysia

Razer sebuah syarikat yang terkenal dengan peralatan komputer bercirikan gaming kini memperluaskan portfolio perniagaan mereka di Malaysia dengan pelancaran Razer Pay. Razer bekerjasama dengan Berjaya Corp. dalam membawakan aplikasi ini kepada generasi muda dan golongan milenium yang […]

TECH Tue, 4 Dec 2018

Tumblr将永久禁止色情内容!12月17日实行

社交平台Tumblr将从12月17日开始永久禁止平台上的全部成人内容!

Automobile Tue, 22 Jan 2019

油表灯亮了才去加油,会伤害Fuel Pump?

油表灯亮了才去加油,会伤害 Fuel Pump ?

Automobile Wed, 25 Jul 2018

汽车美容小知识:什么是镀膜Coating?

你可能听过汽车镀膜(Coating)是很贵的玩意儿,不过你真的知道什么是汽车镀膜吗?

TECH Tue, 12 Jun 2018

明年地球人看手机电脑时间将第一次超过电视

空闲时间只有那么多,你是用来上网,还是用来看电视?

TECH Fri, 16 Nov 2018

Telefon Pintar Dengan 4 Kamera Utama Mungkin Menjadi Realiti Tidak Lama Lagi

Smartphone dengan 4 kamera utama mungkin menjadi realiti tidak lama Lagi.

Automobile Thu, 22 Feb 2018

HARGA MINYAK TURUN LAGI!

Berkuatkuasa pada malam tadi (22 Februari 2018) harga bagi selitre petrol RON95  RON95 adalah  RM2.17 (turun 6 sen dari RM2.23) manakala  RON97 berharga RM2.43 selitre (turun 7 sen dari RM2.50).

TECH Thu, 15 Mar 2018

Cara Untuk Mengubah Latar Belakang Gambar Menggunakan Photoshop

Ramai yang masih tidak tahu bagaimana cara untuk mengubah latar belakang gambar dengan menggunakan aplikasi Photoshop.

TECH Sun, 25 Nov 2018

‘Group Admin’ WhatsApp Boleh Senyapkan Ahli ‘Group’

WhatsApp atau Telegram semakin kerap digunakan sehingga kemudahan SMS kini semakin dilupakan. Menerusi aplikasi ini, pengguna dapat berhubung secara percuma selain dapat berhubung secara berkumpulan dengan fungsi Group yang terdapat dalam kebanyakkan aplikasi sembang yang ada sekarang. […]

TECH Thu, 12 Apr 2018

Instagram新增「Focus功能」不用双摄镜头也能做到!

现在越来越多手机产品有内建「人像模式」可玩背景虚化功能来突出拍摄主体,但就算你的手机没内建人像模式也没关系,只要有 Instagram 就可以啦!