Mungkin masih ada yang tercari-cari aplikasi mudah untuk menghasilkan kandungan media sosial yang lebih menarik. Semua aplikasi ini mudah digunakan dan tidak memerlukan kepakaran dalam reka bentuk. Anda boleh menambah kesan khas daripada koleksi templat yang terdapat dalam aplikasi tersebut. Di bawah ini kami senaraikan beberapa aplikasi percuma yang anda patut cuba.
1. Adobe Spark Post
Aplikasi percuma dari Adobe yang membolehkan anda menghasilkan teks dan foto yang lebih profesional. Merupakan cara yang cepat dan mudah untuk menghasilkan grafik yang menarik dalam semua keadaan. Bermula dalam beberapa saat dengan templat yang direka secara profesional, anda boleh menyuntingnya melalui beberapa langkah. Ia juga mempunyai beberapa jenis tulisan, animasi dan kesan khas rekabentuk lain yang boleh ditambah. Hanya perlu pilih foto anda, tambah teks dan gunakan filter rekaan untuk menghasilkan grafik lebih menakjubkan.
Antara ciri-ciri Adobe Spark Post ialah:
Aplikasi ini menyokong platform Android, iOS dan Desktop serta perlu mempunyai Adobe ID. Adobe Spark mempunyai ciri premium dimana anda boleh membuang watermark Adobe Spark untuk semua projek, menambah logo sendiri, warna atau jenis tulisan, mendapat lebih banyak templat dan tema serta ciri-ciri lain. Ciri premium ini boleh dilanggan secara bulanan atau tahunan.
2. Unfold
Aplikasi Unfold menawarkan templat minimalis dan elegan untuk menghasilkan kandungan media sosial yang lebih kemas. Ia menyokong kedua-dua foto dan video serta mempunyai banyak pilihan rekaan bagi setiap koleksi. Aplikasi ini mempunyai beberapa ciri percuma dan pengguna boleh melanggan Unfold+ yang mempunyai ciri premium secara bulanan atau tahunan. Antara ciri premium Unfold+ ialah koleksi baru boleh diakses dengan lebih awal.
Apa yang boleh dilakukan dengan Unfold?
Aplikasi ini tidak memerlukan pengguna untuk mencipta akaun baru. Ia boleh dimuat turun di App Store dan Google Play.
3. StoryArt
StoryArt adalah aplikasi untuk menyunting Instagram Stories yang menawarkan lebih 1000 templat bagi membantu anda membuat susun atur yang lebih menarik. Aplikasi ini sangat mudah digunakan, kerana ia menyediakan pelbagai templat pratetap yang boleh digunakan secara langsung untuk menghasilkan Instagram Stories. Selain templat, ia juga menyediakan pelbagai pilihan untuk menambah kesan rekaan. Anda boleh menambah teks dengan pelbagai jenis tulisan, filter, tema, dan sebagainya.
Apa yang boleh dilakukan dengan Story Art?
Aplikasi StoryArt boleh didapati di App Store dan Google Play. Anda juga boleh melanggan StoryArt Pro secara bulanan, tahunan atau pembelian sekali sahaja dengan RM79.90 yang membolehkan anda mengguna lebih 80 Pro Filter, terima templat baru setiap minggu, dan ciri-ciri premium lain.
4. Canva
Selain menawarkan rekaan luar biasa bagi Instagram Stories, aplikasi ini turut menyediakan segala keperluan rekebentuk grafik termasuk penghasilan logo, kad undangan harijadi dan sebagainya. Untuk mendapatkan lebih banyak ciri premium seperti lebih 500 jenis tulisan yang eksklusif, akses yang tidak terhad untuk 1.5 juta ikon yang unik, ilustrasi dan foto yang berkualiti tinggi, anda boleh melanggan Canva Pro secara bulanan atau tahunan. Anda juga boleh mencuba Canva Pro secara percuma selama 14hari.
Apa yang ada pada Canva?
Canva boleh dimuat turun di App Store atau Google Play dan merupakan antara aplikasi yang mempunyai penarafan tertinggi di kedua-dua platform. Aplikasi ini memerlukan daftar masuk terlebih dahulu sebelum dapat menggunakan ciri-ciri yang ada.
5. StoryChic
Seperti aplikasi StoryArt dan Unfold, StoryChic juga menawarkan templat Instagram Stories yang pelbagai.
Ciri-ciri:
Berbeza dengan aplikasi Unfold, anda boleh menaiktaraf ke StoryChic VIP secara pembelian sekali sahaja dengan harga RM149.90. Antara kelebihan StoryChic VIP adalah anda dapat menggunakan semua ciri premium tanpa had dan menerima templat baru setiap minggu.
Aplikasi ini tersedia di Google Play dan juga App Store.
Jadi, sekiranya anda sedang tercari-cari aplikasi untuk mencipta kandungan yang menarik bagi perkongsian dimedia sosial, bolehlah mencuba salah satu daripada senarai diatas.
Sumber: wiser.my
Kali ni adik pulak muncul back up kakak. Tapi yang paling min fokus lagu background…
Min doa Irma Hasmie terus tabah 🥹🥹
Tak baik hina pekerjaan orang. Itukan rezeki 🙄
Ubai MZ kurang senang dengan tindakan bekas suami kepada Shila Amzah iaitu, Haris Edraki Elias.