TECH By: SGMS Enal July 5, 2019 @ 11:56am

Akaun Instagram Disekat Kerana Toy Story 4?

Menonton filem terbaru di dalam panggung wayang dipercayai lebih menyeronokkan berikutan saiz skrin yang besar dan sistem bunyi yang bermutu tinggi. Oleh itu, tidak hairanlah kebanyakkan masyarakat seluruh dunia berpusu-pusu ke panggung wayang setelah sesuatu filem baru ditayangkan.

Namun, panggung wayang mempunyai beberapa larangan seperti membawa makanan dari luar dan juga penggunaan segala bentuk kamera dengan tujuan menangkap gambar atau membuat rakaman. Berikutan itu, anda berisiko dikenakan denda sekiranya melanggar larangan tersebut.

Itulah yang terjadi kepada seorang wanita tempatan yang dikenakan tindakan sekatan ke atas akaun Instagram miliknya setelah memuat naik sedikit sedutan filem terbaru, Toy Story 4 di ruangan ‘Insta Story’.

Menurutnya, dia cuma berkongsikan beberapa saat sedutan dari filem tersebut dan menganggap sebagai satu perkara yang biasa. Namun, setelah beberapa hari, dia diberikan notis bahawa akaun miliknya telah disekat sementara dalam tempoh tiga hari.

Akaun Instagram saya disekat oleh Instagram. Di sini saya mengambil kesempatan untuk memberi peringatan kepada rakan-rakan supaya tidak mengulangi perbuatan saya yang dengan gembiranya memuat naik sedutan filem di Insta Story ketika menonton filem di panggung wayang.

Jika ingkar, anda akan disekat. Saya sangat terkejut kerana saya hanya mengesan beberapa saat sedutan filem Toy Story 4, dan kemudian mendapat e-mel pada waktu pagi yang mengatakan saya telah melanggar hak cipta Disney.

Dia yang terkejut dengan sekatan tersebut tidak menyangka bahawa pihak Disney melihat ‘Insta Story’ yang dimuat naik olehnya. Walaupun mengakui sesal akan perbuatannya, namun wanita ini tidak mempunyai dendam malah menasihatkan agar rakan-rakan serta pengikutnya di laman sosial tidak mengulangi perbuatan tersebut.

Tindakan ke atas wanita berkenaan sebenarnya telah diambil oleh The Digital Millennium Copyright Act (DMCA) yang berperanan untuk mengesan pelanggaran hak cipta seperti yang berlaku ini. Selain kes wanita tersebut, terdapat juga kes lain yang menyebabkan sesebuah akaun di laman sosial disekat kerana melanggar hak cipta.

Sumber: Mothership

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Fri, 29 Nov 2019

Cipta Aplikasi Dating Yang Cuma Pilih Dia Seorang Saja

Disebabkan tidak mahu bersaing dengan sesiapa cipta applikasi ni.

TECH Tue, 5 Dec 2017

Jenis-Jenis Kabel USB Yang Selalu Kita Guna

Hampir setiap peranti pintar menggunakan kabel USB. Kabel USB sememangnya sinonim dengan kita, lebih-lebih lagi di zaman teknologi yang didominasikan oleh pelbagai jenis peranti pintar. Namun tahukah anda terdapat pelbagai jenis kabel USB dengan pelbagai fungsi yang tersendiri

TECH Fri, 23 Mar 2018

Cara Meninggalkan WhatsApp Group Tanpa Dikesan Ahli Group Lain

Hampir semua orang mempunyai WhatsApp Group. Isu “Left Group” sememangnya menjadi sesuatu masalah kerana berkemungkinan akan menyinggung perasaan ahli yang lain. Namun, tahukah anda yang anda boleh meninggalkan WhatsApp Group (“Left Group”) tanpa meninggalkan kesan?

TECH Fri, 16 Feb 2018

FACEBOOK RANCANG KELUAR SPEAKER PINTAR JULAI

Aloha direka  lebih sofistikated daripada Fiona kerana ia bukan sahaja menggunakan arahan suara tetapi turut mempunyai fungsi  pengiktirafan muka bagi  mengenal pasti pengguna facebook melalui lensa sudut lebar yang dipasang di bahagian hadapan peranti.

TECH Sun, 7 Jan 2018

Tips Kembalikan Nama Pengirim Dan Previu Whatsapp Pada Lock Screen iPhone Anda

Beberapa rungutan daripada pengguna iPhone berkenaan nama pengirim dan previu mesej tidak lagi dapat dilihat pada pusat notifikasi di lock screen peranti mereka.

TECH Tue, 17 Jul 2018

Google Bakal Berdepan Tindakan Saman Berbillion Ringgit Dari Kesatuan Eropah

Selepas Facebook menghadapi pelbagai saman atas skandal penggunaan data pengguna tanpa kebenaran, kini Google juga dikatakan semakin hampir untuk mengalami masalah yang sama. Cuma kali ini, Google telah dituduh menyalahgunakan ‘kuasa’ yang ada pada mereka.

TECH Thu, 29 Nov 2018

网红拍片新利器!号称四秒安装的摄影脚架

许多人图个出国方便,只带台手机和类单包办所有照片,回来放大细看,才扼腕各种花式手抖破坏了一辈子一次的合影机会。到底有没有轻盈不占空间、又能迅速架好的固定器呢?

TECH Wed, 2 May 2018

“Play on Spotify” Function Now Added to Insta-Stories

Music has just become more convenient for everyone.

TECH Sun, 16 Dec 2018

Naik Taraf Kamera iPhone Anda Dengan 3 Lensa berikut

Inginkan gambar lebih cantik, ini antara lensa camera yang boleh digunakan pada Iphone.

TECH Sun, 10 Mar 2019

Nokia is Running a Grand Sale, as Low as RM219!

Hurry! It’s for a limited time only!

| Live TV