TECH By: SGMS Enal October 17, 2019 @ 3:34pm

Anda Yang B40 Bakal Terima Dekoder Percuma Dari Kerajaan

Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) memaklumkan, pihak mereka sedang berusaha memastikan lebih ramai golongan isi rumah berpendapatan rendah B40, menerima set dekoder siaran televisyen digital secara percuma.

KKMM memaklumkan, perbincangan bersama syarikat pengedar dekoder itu masih dalam peringkat rundingan serta KKMM juga masihmengumpulkan lebih banyak maklumat bagi menentukan individu yang layak menerimanya.

Ia dimaklumkan sendiri oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo ketika menjawab soalan yang dikemukakan di Dewan Rakyat hari ini.

Siaran televisyen tempatan termasuklah TV1, TV2 dan TV3 sudah pun memulakan proses peralihan daripada teknologi analog kepada digital secara berperingkat.

Setakat 14 Okt lalu, MYTV telah pun selesai mengagihkan lebih daripada 1.5 juta dekoder percuma kepada penerima Bantuan Sara Hidup (BSH).  Terdapat lagi baki 500 ribu dekoder percuma akan diagihkan secara berperingkat kepada mereka yang layak.

Berkenaan dengan isu penjualan dekoder tanpa lesen pula, Menteri memberi jaminan bahawa kementeriannya akan terus melakukan pemantauan dari semasa ke semasa.

“Kami anggap (penjualan dekoder secara haram) tidak adil kepada syarikat yang melabur pada kos yang tinggi bagi mendapatkan lesen Penyedia Perkhidmatan Aplikasi Kandungan Individu (CASP),” Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo.

Katanya lagi, lesen tersebut diberikan untuk menjalankan perkhidmatan aplikasi kandungan seperti penyiaran TV secara digital, protokol Internet mahupun satelit dan radio terestrial.

Beliau turut memaklumkan, setakat ini terdapat sebanyak 54 buah syarikat telah dianugerahkan lesen Penyedia Perkhidmatan Aplikasi Kandungan Individu (CASP).

Sumber: BERNAMA

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Fri, 25 May 2018

9 Cara Untuk Tambah Storage iPhone Anda Secara Percuma

iPhone anda tu hanya ada storan 16GB saja! Macam mana nak tambah storage dengan percuma ,jom baca tips ini

TECH Wed, 8 Aug 2018

充电「这样做」手机会得内伤!

电池电力耗尽再来充电、一边充电一边​​使用、充电器过热或发出怪声了还不换,你知道这些使用方式对电池的伤害比你想像中来得严重?

TECH Thu, 12 Jul 2018

Mak Cun’s Adventures Sees Massive Amount of Downloads

People are seriously loving the game.

TECH Wed, 23 Jan 2019

Bigger and Better Smartphone Experience with Nokia 3.1 Plus

They recently released a 6-inch version.

TECH Wed, 3 Oct 2018

Aplikasi Down Tiba-Tiba, 75,000 Carian ‘Instagram’ Di Twitter Hanya Dalam Sejam

Menurut lamam Independent.co.uk, aplikasi ini tiba- tiba terhenti di mana pengguna tidak dapat melihat gambar atau profil pengikut. Kenapa agaknya ya?

TECH Sun, 16 Jun 2019

Cara Cepat Cas Fon Walaupun Fon Anda Bukan Jenis ‘Fast Charging’

Ketahui cara bagaimana nak charge fon anda dengan cepat, ini ada caranya.

TECH Mon, 19 Aug 2019

Jangan Panik Bila Disk Write Protected Pada Thumbdrive !

Jangan panik ada caranya , kenalah baca dan ikuti langkah di atas

TECH Wed, 17 Oct 2018

Nightstream is a New Game You Must Check Out

The game features multiple playable characters, each with their own personalities, motivations, and musical themes!

TECH Wed, 14 Feb 2018

‘WHATSAPP BUSINESS’ BANTU PENIAGA, PEMBELI

‘Wats App Business’ dicipta    bertujuan membantu peniaga dan pembeli berinteraksi antara satu sama lain dan buat permulaannya ia  disasarkan kepada dua kelompok perniagaan iaitu syarikat kecil dan syarikat besar seperti antaranya perbankan, penerbangan dan seumpamanya.

TECH Mon, 8 Jul 2019

太常滑IG!专家:容易变寂寞爱比较

你今天滑IG了吗?英研究:玩太久容易寂寞,爱比较心情差。