Categories: TECHTech News

Buang Rakan Dari Group WhatsApp Kolej, Admin Kena Tikam

Admin group platform permesejan popular, WhatsApp diserang seorang dari ahli yang merasa kecewa kerana dibuang dari group itu, lapor polis.

Chaitanya Shivaji Bhor, 18, diserang pada waktu malam oleh 3 suspek dengan senjata tajam pada 17 Mei di Jalan Ahmednagar-Manmad, kata seorang pegawai kanan polis kepada PTI.

Bhor yang merupakan pelajar kolej agrikultur di Ahmednagar, mencipta group itu bagi memudahkan rakan-rakan kolejnya berkomunikasi suatu ketika dahulu.

Baru-baru ini saja, Bhor membuang Sachin Gadakh dari group itu selepas dia meninggalkan kolej. Gadakh marah dan mengambil keputusan untuk membalas dendam kerana terasa ‘terhina’.

Pada 17 Mei itu, rakan Sachin, Amol Gadakh dan 2 lagi rakan mereka meluru ke kedai makan di mana Bhor sedang enak menjamu makanan lalu menyerangnya. Amol menyerang Bhor dengan senjata tajam pada perut, mulut dan belakang Bhor, menurut laporan polis.

Bhor mengalami kecederaan serius akibat serangan itu, lalu dibawa ke hospital berdekatan dan kemudian dipindahkan ke Pune. Suspek yang dipercayai berasal dari Kampung Sonai di Nevasa Tehsil berjaya melarikan diri dari tempat kejadian.

Selepas Bhor membuat laporan polis, Sachin Gadakh, Amol Gadakh dan 2 lagi rakannya disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 37 Akta IPC dan Arms menurut Pegawai Kanan Polis, Balai Polis MIDC di Ahmednagar.

Sumber | Ditulis oleh SGMS Epul

SGMS Enal