TECH By: SGMS Putri October 28, 2018 @ 9:44pm

Cara Mengatasi (Remove) Virus Shortcut Pada Komputer dan Pen Drive Anda Kurang 5 Minit

Buka sahaja pen drive di komputer, semua fail dan folder telah bertukar menjadi pintasan (shortcut).Anda boleh melihat fail tersebut tetapi malangnya ia tidak boleh dibuka.Tiada angin, tiada ribut, tiba-tiba sahaja data anda menjadi bentuk pintasan.

Bingung?

Saya rasa situasi di atas pernah berlaku kepada anda.

Mungkin sekali.

Mungkin dua kali.

Mungkin juga sudah berkali-kali.

Jika berkali-kali itu sudah dikira agak kritikal.

Apa yang boleh saya katakan kemungkinan besar pen drive anda telah dijangkiti oleh sejenis virus shortcut.

Apa itu virus shortcut?

Buat masa ini tiada definisi Wikipedia untuk virus shortcut.

Tetapi,seperti namanya, ia adalah kombinasi trojan / worm yang menyembunyikan semua fail dan folder anda, kemudian menggantikannya dengan pintasan yang kelihatan sama.Apabila anda membuka salah satu fail atau folder palsu ini, virus ini akan menggandakan dirinya dan seterusnya menjangkiti sistem operasi anda (sekiranya komputer anda tidak dipasang antivirus).Selain daripada itu, prestasi komputer anda juga akan terjejas dan ada kemungkinan besar data peribadi anda dicuri.

Bolehkah data diselamatkan?

Boleh.

Jangan risau.

Semuanya masih ada, cuma perbezaannya anda tidak boleh membuka atau mengakses fail-fail tersebut.

Ingat.

Jika dibiarkan terlalu lama fail anda boleh dirosakkan atau dipadam terus oleh virus shortcut ini.

Bagaimana virus shortcut merebak?

Ia tidak muncul secara tiba-tiba kecuali anda melakukan perkara-perkara berikut:

  1. memuat turun perisian daripada pihak ketiga (third party) yang tidak dipercayai.
  2. menyambung pen drive rakan-rakan anda yang mengandungi virus shortcut kepada komputer anda.
  3. menyambung pen drive anda sendiri kepada komputer rakan-rakan anda yang telah dijangkiti oleh virus shortcut ini.

Langkah-langkah pencegahan daripada terus merebak

Sebaik-baiknya anda menghentikan fungsi autoplay pemacu boleh alih di komputer anda.

Ketika membuka kandungan pen drive, jangan klik dua kali (double-click) fail atau folder tersebut.

Cara yang betul adalah klik kanan fail atau folder lalu pilih Explore. Tujuannya untuk mengelakkan daripada arahan virus shortcut dilaksanakan.

Terdapat banyak cara membuang virus shortcut di dalam komputer anda. Cara yang paling mudah dan pantas adalah dengan menggunakan cmd (command prompt).

Cara kedua pula adalah dengan menggunakan perisian seperti virus shortcut remover UiTM dan UsbFix.

Saya tidak akan mengulas tentang virus shortcut remover UiTM tetapi menumpukan pada cara menggunakan cmd dan UsbFix sahaja dalam tutorial pada kali ini.

Mari saya tunjukkan anda cara menghapuskan virus shortcut ini dan seterusnya menyelamatkan data penting anda.

Cara remove virus shortcut dengan command prompt (CMD)

Ini adalah cara yang paling popular.

Pada kali ini saya menggunakan Windows 7 untuk menunjukkan cara yang betul menghapuskan virus degil ini.

Pastikan anda membaca langkah demi langkah di bawah dengan teliti.

Sebelum itu, pastikan komputer yang anda gunakan bebas daripada virus.

Jika tidak, virus shortcut akan muncul semula kerana anda tidak membersihkan punca merebaknya virus ini.

Mari kita teruskan…

Sambungkan pen drive anda kepada komputer meja atau laptop anda.

Sila imbas (scan) terlebih dahulu pen drive anda dengan menggunakan perisian antivirus yang boleh dipercayai (reliable).

cara nak buang virus shortcut dalam laptop

Setelah proses mengimbas selesai, klik butang Start dan taip cmd. Kemudian klik kanan pada cmd dan pilih Run as administrator.

Saya ulangi, pastikan anda pilih Run as administrator.

Klik butang Yes sekiranya ada tetingkap kecil yang muncul.

cara buka pendrive kena virus

Taip huruf G: (sekiranya huruf pada pen drive anda adalah G) kemudian tekan Enter.

Taip: del *.lnk (arahan ini digunakan untuk memadam pintasan pada pen drive anda) dan tekan Enter.

Taip arahan di bawah dan tekan kekunci Enter:

ATTRIB -H -R -S /S /D G:\*.* (arahan ini digunakan untuk memulihkan fail dan folder pada pen drive anda)

Nota: Tukarkan huruf G mengikut huruf pada pen drive anda.

Jika huruf pen drive anda adalah F, taip huruf F. Tunggu sehingga arahan (command) kedua keluar.

Apabila telah muncul, pen drive anda telah siap dibersihkan dan tidak lagi menjadi pintasan (shortcut).

Setelah selesai tutup tetingkap cmd tersebut.

cara nak buang virus dalam laptop

Lihat semula kandungan pen drive anda.Sekiranya berjalan lancar, anda sudah boleh melihat fail dan folder asal anda di dalam pen drive.Cara di atas juga boleh digunakan untuk membuang virus shortcut pada cakera keras mudah alih (portable hard disk).

Itulah sahaja perkongsian kami pada kali ini.Semoga info ini bermanfaat untuk anda.

Sumber : aftechcomputersolutions.com

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Thu, 12 Jul 2018

Sony Xperia XA2 Plus Diperkenalkan Dengan Slogan ‘Designed To Entertain’

Telefon bimbit pada hari ini bukan sahaja digunakan untuk berhubung, tapi juga berfungsi sebagai alat hiburan kepada pemiliknya. Menonton video, mendengar muzik, bermain permainan video hinggalah melayari media sosial, semuanya boleh dilakukannya di hujung jari. […]

TECH Tue, 3 Sep 2019

Cara Memuatkan Video Instagram Story selama lebih daripada 14 saat

Sejak mengemaskini aplikasi Instagram ini, pengguna boleh memuat naik video Instagram Stories selama lebih daripada 14 saat. Bagaimana?

TECH Fri, 22 Jun 2018

20个彻底改变人类生活的「爱迪生等级」伟大发明

科技日新月异,许多以前解决不了的难题都已经不是问题,越来越多的解决方案融入我们细微的日常生活中……

TECH Thu, 11 Jan 2018

Tips Merakam video atau gambar ala Profesional di Smartphone Android

Cara-cara pengambilan video atau gambar ala Profesional di Smartphone Android.

TECH Wed, 27 Mar 2019

Estranged and unifi Team Up to Showcase Brand New Pre-5G Wireless Technology

unifi is bringing in a brand new level of technology into Malaysia.

TECH Thu, 13 Sep 2018

Cara Untuk “Force Restart” iPhone 8 dan iPhone 8 Plus

Anda perlu ‘Restart’ Iphone anda?Bacalah info ini!

TECH Mon, 16 Jul 2018

Kajian Mendapati Peranti Android Lebih Bermasalah Daripada iOS

Topik mengenai Android dan iOS merupakan satu perkara yang sering diperdebatkan. Tidak kiralah dari segi kehebatan sistem operasi hinggalah kepada prestasi perkakasan. Masing-masing mempunyai kelebihan serta kekurangan yang tersendiri. Namun berdasarkan satu kajian yang telah dilakukan sepanjang […]

TECH Tue, 3 Apr 2018

Kunci Windows Menggunakan Telefon Pintar

Windows 10 telah memperkenalkan satu kaedah unik untuk mengunci windows sekiranya pemiliknya beredar ataupun berjauhan Pada PC ketika sedang melakukan kerja. Maklumlah, risau juga untuk membiarkan windows yang tidak berkunci ditempat terbuka. Sistem ini dinamakan Dynamic […]

TECH Sun, 26 Nov 2017

Cara Mendapatkan Semula Fail Yang Telah Terpadam Pada Adnroid Atau PC

Pernahkah anda panik kerana terpadam satu fail pada PC atau android anda? Berikut kami kongsikan salah satu kaedah yang boleh anda cuba. Caranya sangat mudah, ikuti sahaja langkah-langkah berikut. Langkah 1 Pertama sekali muat turun […]

TECH Mon, 16 Jul 2018

Xiaomi Membayangkan Kemasukan Redmi 6 Dalam Pasaran Tempatan

Xiaomi memang terkenal sebagai pengeluar telefon pintar kelas permulaan berprestasi baik. Bagi memeriahkan lagi pasaran kelas permulaan di Malaysia, Mi Malaysia telah memuat naik satu gambar acah yang memperlihatkan Redmi 6. Dengan jolokan The entry-level smartphone […]