Categories: TECHTech News

Gambar Blur? Jom Baca Bagaimana Cara Memulihkan Gambar Blur

Sementelah peranti pintar yang berlumba-lumba dilengkapi dengan kamera canggih, pasti anda susah hati kalau gambar yang diambil dengan secara tak sengaja menjadi blur.

Masalah gambar kabur sememangnya menjadi masalah, apatah lagi sekiranya melibatkan tulisan yang perlu dibaca. Apapun jangan bersedih, berikut kami kongsikan satu kaedah yang boleh anda cuba untuk memulihkan foto yang kabur.

Ikuti sahaja langkah-langkah berikut.

Langkah 1

Muat turun dan pasang aplikasi SmartDeblur Portable terlebih dahulu pada PC anda. Boleh sahaja duna pautan yang disediakan berikut.

SmartDeblur Portable

Langkah 2

Buka aplikasi tersebut dan klik “Open” maka akan muncul paparan berikut. Pilih gambar yang ingin dibaik pulih dan klik “Open”

Langkah 3

Guna aturan pada menu Radius untuk menentukan tahap kekaburan tersebut. Terdapat juga beberapa tetapan lain yang boleh digunakan sekiranya gambar tersebut terlalu kabur.

Berikut antara hasil yang kami perolehi, agak memuaskan memandangkan tulisan yang kabur berjaya dibaca.

Selamat mencuba!

 

Kredit sumber: wiser.my

SGMS Putri