Categories: TECH

Guna Aplikasi Office Tanpa Perlu Pemasangan

Kepada anda yang tidak mempunyai perisian Microsoft Ofiice terpasang pada PC atau “Laptop”, berikut kami kongsikan cara untuk menggunakan segala kemudahan Microsoft Office seperti Word, Excel dan lain – lain tanpa perlu memasang aplikasinya.

Seperti yang kita tahu, aplikasi yang asli sememangnya sangat mahal apatah lagi perisian Office 365 yang perlu dilanggan setiap tahun.

Caranya sangat mudah, masuk sahaja ke laman sesawang Google Drive, dan log in menggunakan akaun Gmail anda.

 

Klik pada tombol My Drive dan akan muncul senarai perisian Office yang biasa kita gunakan sebelum ini.

 

Sebagai contoh, kami pilih aplikasi Words. Dengan fungsi dan antaramuka yang hampir sama dengan aplikasi yang biasa terpasang pada PC, ini menjadikannya sangat mesra pengguna.

 

Setiap dokumen yang anda taip boleh disimpan atau di cetak pada mesin pencetak. Hanya satu sahaja masalah yang menjadikannya sedikit leceh, iaitu PC anda perlu disambungkan ke internet terlebih dahulu sebelum boleh menggunakannya.

 

Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermafaat.

SGMS Putri