Categories: Gaya Hidup

Pelajari Teknik Asas Seni Mempertahankan Diri Yang Anda Perlu Tahu Melalui Video Ringkas Ini

Semakin moden dunia ini, semakin ramai manusia yang berlumba-lumba untuk mengejar kemewahan. Dan sebab itulah kes jenayah, seperti kes ragut dan culik, semakin menjadi-jadi dalam kalangan manusia.

Kini, kita tak boleh lagi berjalan kaki di tepi jalan tanpa rasa bimbang yang seseorang akan menyerang kita dari belakang. Negara kita memang tak begitu selamat lagi untuk pejalan kaki, bukan saja di waktu malam. Di siang hari pun seseorang itu boleh diragut atau diculik!

Jika anda ingin survive dalam dunia ini, atau ingin berjalan tanpa rasa sebarang kerisauan, anda memang perlu tahu cara-cara untuk menjaga keselamatan diri anda sendiri, lebih-lebih lagi jika anda seorang wanita.

Kalau anda tak ada pepper spray untuk cuba menghentikan serangan, anda tak ada pilihan lain selain menggunakan seni mempertahankan diri. 

Jika anda tak pernah mengambil kelas ini ketika di sekolah, ataupun ada tapi dah lupa teknik-teknik yang diajar, anda boleh saja rujuk kepada video ringkas di bawah ini.

Ia mengajar anda teknik-teknik self-defense yang basic, tapi anda memang perlu tahu. Sekurang-kurangnya tahu bagaimana untuk melawan balik secara efektif. Tahu bahagian mana pada badan penyerang anda yang anda perlu tackle agar dia hentikan serangannya walaupun seketika supaya anda boleh melarikan diri.

 

Anda mungkin ingat yang bila anda betul-betul berada dalam situasi yang mencemaskan, anda akan rasa terlalu panik sampai anda tak boleh nak berfikir pun untuk bertindak bagi menyelamatkan diri.

Itu mungkin memang boleh berlaku, dan itu sebabnya kita harus sentiasa berhati-hati dan berwaspada terhadap keadaan di sekeliling kita.

Dan rasanya tak salah jika anda pelajari teknik mempertahankan diri. Manalah tahu, ia mungkin akan berguna juga satu hari nanti.

Belajar dan hafal, ya!

Sumber: Buzzfeed Nifty

Ad Ops