TECH By: SGMS Putri July 27, 2018 @ 3:09pm

Jepun Perkenal Sistem Bagi Elakkan Pekerja Tidur Semasa Bekerja

Jepun memang terkenal dengan kemajuan teknologi yang dihasilkan dan digunakan di negara mereka. Walaubagaimanapun, mereka juga muncul sebagai negara yang mempunyai pekerja yang paling kurang waktu rehat di dunia.

Menurut kajian, purata pekerja di negara matahari terbit itu berkerja selama 12 ke 18 jam sehari, walaupun waktu bekerja rasmi di sana hanyalah 8 jam sahaja. Ia menjadikan mereka sebenarnya bekerja dua kali lebih lama dari sepatutnya.

Atas sebab itu, pekerja mereka pasti akan berasa letih dan mengantuk akibat dari kurang rehat untuk mengembalikan tenaga pada tubuh badan. Pastinya mereka akan cuba mencuri sedikit masa untuk tidur di pejabat semasa waktu bekerja.

Bagaimanapun, perkara itu mungkin semakin sukar untuk dilakukan selepas ini. Ia kerana satu sistem untuk mengesan pekerja yang mengantuk sedang dibangunkan dan telah pun diuji.

Syarikat elektronik gergasi NEC dan pengilang penyaman udara Daikin merupakan pihak yang bertanggungjawab membangunkannya. Mereka mendakwa, sistem itu akan mengesan pekerja yang mengantuk seterusnya menurunkan suhu bilik secara automatik.

Komputer akan digunakan untuk mengesan pekerja terbabit dengan memantau kelopak mata mereka. Sekiranya pekerja terbabit dipercayai sedang mengantuk, penghawa dingin akan menurunkan suhu bilik ke satu tahap yang dapat menyegarkan pekerja.

Daikin juga berharap dapat membangunkan satu sistem penghawa dingin yang dapat meniup udara sejuk secara terus kepada seseorang pekerja yang mengantuk di masa hadapan.

Ujian yang dijalankan menunjukkan penurunan suhu adalah amat efektif dalam mengelakkan pekerja daripada tidur semasa bekerja. Ia telah mengatasi cara-cara lain yang turut diuji seperti semburan pewangi dan meningkatkan cahaya skrin komputer.

Sumber

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Wed, 11 Jul 2018

Imej Tertiris Nokia 5.1 Plus Dedahkan Kamera Utama Dwi-Lensa

HMD Global dilaporkan sedang membangunkan sebuah lagi peranti naiktaraf untuk model sedia ada iaitu Nokia 5.1 Plus. Peranti ini merupakan peranti naiktaraf kepada model Nokia 5.1 yang baru sahaja diumumkan pada hujung bulan Mei yang lalu. Antara perubahan paling ketara yang

TECH Sun, 15 Jul 2018

Pra-Daftar Unifi Basic RM79 Sudah Bermula

Umum telah mengetahui tentang berita baik yang diumumkan oleh TM minggu lalu. Kelajuan internet yang dipertingkatkan sehingga 10 kali ganda daripada kelajuan sedia ada sehinggalah kepada penawaran pelan baru yang dikenali sebagai Unifi Basic. Unifi Basic dikelaskan sebagai

TECH Sun, 6 Jan 2019

52.2 Juta Pengguna Menjadi Mangsa, Google+ akan Ditutup Lebih Cepat

Pada mulanya Google akan menutup Google+ pada Ogos 2019. Walau bagaimanapun, keputusan baru diambil bahawa perkhidmatan rangkaian sosial akan ditutup dengan lebih cepat, iaitu April 2019. Kenapa itu?

TECH Thu, 3 Jan 2019

Cara Download File Torrent di Android

Kepada yang suka menonton movie dan ingin download movie anda boleh ikuti cara-cara ini

TECH Tue, 20 Mar 2018

Paten MicroLED Meningkat Hampir Dua Kali Ganda Di Korea Selatan

Permohonan paten untuk MicroLED telah meningkat hampir dua kali ganda di negara Korea Selatan. MicroLED merupakan teknologi paparan generasi terbaru yang dianggap mempunyai potensi besar di dalam dunia peranti harian manusia. Statistik oleh Pejabat Harta Intelek Korea

TECH Wed, 2 Jan 2019

Bagaimana Mencantikkan Paparan Bar Navigasi Android

inilah cara untuk mencantikkan lagi navigation anda

TECH Fri, 29 Nov 2019

Cipta Aplikasi Dating Yang Cuma Pilih Dia Seorang Saja

Disebabkan tidak mahu bersaing dengan sesiapa cipta applikasi ni.

TECH Wed, 7 Mar 2018

Samsung「包下」世界第一高楼为Galaxy S9造势

SAMSUNG向来在营销和广告上的投入向来是不吝成本,只为更好的向世界宣传自家产品。为了能更好地推广自家的新旗舰Galaxy S9系列,近日SAMSUNG更是「包下」了世界第一高楼——迪拜哈利法塔(Burj Khalifa)来为Galaxy S9打广告!

TECH Tue, 21 Nov 2017

Cara Mendapatkan Subtitles (Sarikata) Filem Bagi Pemain VLC Media Player

Ramai diantara anda yang sudah biasa dengan pemain media jenis VLC dek kerana kemampuannya untuk memainkan pelbagai jenis format video tanpa ada sebarang masalah. Namun tahukah anda bahawa pemain jenis VLC boleh diubahsuai agar tersedia

TECH Wed, 12 Sep 2018

Merakam Video Diam-diam di Android

Anda boleh merakam video tanpa memasukkan menu kamera canggih ke tak guna smartphone kini

| Live TV