Categories: TECHTech News

Jimat Data Internet, Berkesan dan Mudah Dilaksanakan

Segelintir besar pengguna telefon pintar mengadu kuota internetnya habis dalam tempoh yang sangat singkat. Sedangkan baru sahaja beberapa hari melanggan pakej data tersebut daripada syarikat telekomunikasi masing-masing. Tidak kurang juga yang merasakan dirinya ditipu oleh penyedia perkhidmatan internet (ISP) kerana meskipun penggunaan internet yang tidak kerap, kuota masih cepat sangat habis!
Realitinya, wujud fungsi dan penetapan (setting) di dalam telefon pintar yang menyebabkan perkara seperti ini berlaku. Cuma anda sahaja yang tidak sedar.

1. Matikan kemaskini aplikasi secara automatik (auto-update) di Play Store

Sebagai contoh, sekiranya anda memasang aplikasi Whatsapp di dalam peranti anda, setiap kali Whatsapp mengeluarkan versi terbaru, secara automatik peranti akan menjalankan proses kemaskini tanpa meminta kebenaran daripada anda. 

Ya, anda tidak silap dengar, kemaskini berjalan tanpa kebenaran! Tiada popup yang timbul bagi meminta keizinan anda untuk melakukan kemaskini. Fungsi kemaskini sudah semestinya menggunakan sebahagian besar (bergantung kepada jenis aplikasi) daripada kuota yang telah ditetapkan oleh ISP anda. Bagi mematikan fungi ini, lihat gambar di bawah.

2. Kurangkan aplikasi yang menggunakan data di belakang tabir (background data)

Sila perhatikan pada Settings (Data Usage). Di sini anda akan dapat lihat secara keseluruhan aplikasi yang merompak kuota internet anda dalam diam. Mungkin ada daripada kalangan pembaca yang terkejut melihat penggunaan data yang begitu banyak oleh aplikasi yang jarang-jarang atau langsung tidak pernah digunakan. Itu perkara biasa. Memang wujud aplikasi parasit seperti ini tidak kira di Android mahupun iOS.

Untuk membunuh parasit-parasit ini adalah sangat mudah. Pilih aplikasi tersebut dan kemudian, tanda kotak “Restrict background data”

3. Gunakan pelayar (browser) yang jimat data

Pelbagai pelayar internet khas untuk telefon pintar dan tablet yang telah dibangunkan oleh orang perseorangan mahupun organisasi. Jika hendak disenaraikan satu persatu, artikel ini akan menjadi sangat panjang. Setiap pelayar yang dibangunkan mempunyai fungsi dan kelebihan masing-masing. Sebagai contoh wujud pelayar yang menyokong flash, menyekat iklan di laman web dan bermacam lagi.

Kami menyarankan pemasangan pelayan internet UC Browser pada peranti anda.

4. Tukar kepada rangkaian 2G jika hanya menggunakan aplikasi pesanan sosial

Majoriti telefon pintar pada masa kini menyokong rangkaian 2G//GSM dan 3G//WDCMA. Di masa yang akan datang pula, kita bakal lihat 4G//LTE akan menjadi komponen wajib bagi setiap peranti pintar yang dihasilkan di pasaran. Tidak kira peranti anda menyokong 3G atau 4G, sekiranya anda hanya ingin menggunakan aplikasi pesanan sosial seperti Whatsapp dan Wechat, cukuplah sekadar mengaktifkan 2G.

Rosli Ab Rahman