Categories: AutomobileTECH

Lelaki Bina Helikopter Sendiri Sebab Tidak Suka ‘Traffic Jam’

Seorang lelaki di Indonesia membuat keputusan untuk membina helikopternya sendiri kerana tidak tahan dengan kesesakan lalu lintas yang teruk di negara itu.

Lelaki itu yang dikatakan berasal dari Sukabumi, Jawa Barat menghabiskan masa luangnya di kawasan belakang rumah untuk merealisasikan ideanya berpandukan video pembelajaran.

“Ia sangat mengecewakan. Anda kehabisan petrol dan membuang masa. Akhirnya anda tidak tahu hendak ke mana,” katanya menceritakan tentang kesesakan di selatan ibu negara Jakarta yang boleh mencapai sehingga 110 kilometer.

Sejak memulakan pembinaan helikopter 18 bulan lalu, beliau telah membelanjakan kira-kira AS$2,100 (RM8,763) untuk membeli komponen dan barangan terpakai dari kedai membaiki kereta.

“Asalkan ia boleh terbang, saya sudah cukup puas hati,” katanya.

Beliau dibantu oleh anak lelakinya dan beberapa jiran tertangga bagi membina helikopter setinggi lapan meter itu.

 

Beliau juga dikatakan bukanlah orang pertama yang cuba membina sebuah pesawat kerana dua tahun lalu seorang lelaki dari Afrika Selatan menggunakan kepingan besi dan sekerap untuk menghasilkan sebuah replika helikopter polis.

Malah, Usaha seorang petani dari China juga menjadi tajuk utama pada 2016 selepas dia menghabiskan masa selama tiga tahun untuk membina helikopter sendiri namun gagal.

Sumber: This Is Money. UK

SGMS Enal