Categories: TECH

Pindah Foto/Video Atau Kandungan Lain Daripada IPhone Ke Android

 

Biasalah bagi pengguna di negara ini, mencuba sesuatu yang berbeza menjadi kebiasaan kepada kita.

Tiada yang akan kekal atau setia pada satu jenama saja terutama bagi pengguna telefon pintar.

Bagi pengguna iPhone, mungkin sukar untuk berubah dari satu sistem operasi (OS) ke OS yang lain.

Misalnya, Android ke iOS dan sebaliknya juga.

Kita akan fokus kepada penukaran daripada iOS ke Android, jadi anda boleh ikut langkah mudah ini.

– Pindah turun Google Drive dalam iOS sekarang.
– Masukkan e-mel Gmail sedia ada atau cipta akaun baru Gmail.
– Lebih baik cipta e-mel baru, jadi anda terus memperoleh storan 15GB dan kapasitinya kosong untuk memuatkan pelbagai perkara.
– Selepas habis pindah turun aplikasi Google Drive, sila buka ikon backup pada Menu Settings Backup. Pilih kandungan mana yang anda mahu backup dan tekan saja ikon Start Backup.
– Bagi Sam, gunakan WiFi lebih efisien kerana ia mungkin mengambil masa berjam-jam.
– Pastikan bateri cukup.
– Apa yang anda boleh pindah hanyalah nombor hubungan, gambar, video dan kalendar namun bukan aplikasi.
– Anda boleh dapatkan semula data aplikasi sekiranya anda log pada aplikasi itu sendiri kerana ia bukannya membabitkan OS.
– Adakah ia juga langkah sama untuk WhatsApp? Tidak

SGMS Putri