Categories: TECHTech News

Risau Keselamatan Anak, Ibu-Ibu Boleh Ikut 9 Langkah Ini

Ibu mana yang tak sayang anak kan? Pantang anak hilang dari radar 5 saat, menggelupur cari beb!

Justeru, perkongsian Puan Aini Qamariah di Facebook baru-baru ni, boleh dijadikan panduan. Beliau membeli tracker watch untuk anaknya, Adam Qaiser untuk tujuan keselamatan asalnya, tapi boleh juga dijadikan permulaan untuk ibu-ibu lain di luar sana untuk mengawal keselamatan anak.

Tak susah, search je tracker watch ni laman beli-belah online seperti Lazada, 11Street atau sebagainya, dah jumpa! Kalau dilihat, pelbagai jenama ada di pasaran dan ciri untuk setiap satunya berbeza-beza. Kalau korang nak beli untuk anak, beli tracker watch yang ada fungsi-fungsi ni:-

  1. Kita boleh call anak, anak boleh call kita semula jika ada kecemasan
  2. Kita boleh sms anak, anak juga boleh sms kita jika ada kecemasan
  3. Jika anak tak dapat call atau tak tahu sms, anak boleh guna voice message saja dan kita boleh berbalas-balas voice message seperti walkie talkie
  4. Ada fungsi sound guardian yang bermaksud kita boleh dengar apa anak buat atau bualkan tanpa pengetahuan mereka. Dalam erti kata lain, kita boleh spy anak
  5. GPS Tracker yang membolehkan kita track lokasi anak tak kira di sekolah, pusat beli-belah, taman permainan dan sebagainya
  6. Boleh setkan ‘pagar’ untuk kawasan tertentu. Maknanya, jika anak kita keluar dari kawasan yang kita set, kita akan dapat notification
  7. Lebih baik sekiranya ada kamera dan boleh buat video call
  8. Kalis air. Kalau hujan tiada masalah
  9. Pastikan beli tracker watch yang boleh connect dengan peranti Android mahupun iOs

Harga sememangnya berbeza untuk setiap tracker watch yang ada di pasaran. Jadi perhatikan setiap fungsi, ciri dan kebolehannya okay!

Bila dah beli, pesan dengan anak jangan call suka-suka! Silap-silap nak beli gula-gula pun mak kena keluar naik motor pergi kedai runcit!

 

Sumber | Artikel ini ditulis oleh: Epul

SGMS Enal