Seorang wanita dan keluarganya dilaporkan membayar seorang lelaki $ 1450 (RM4297) untuk sembilan botol ‘air suci’ setelah mempercayai bahawa ia akan membantu mereka menyingkirkan nasib buruk.
Walau bagaimanapun, hidup mereka masih tidak berubah walau telah meminum ‘air suci’ tersebut
Dalam keadaan marah, wanita itu membuat laporan polis.
Puan Yang, 30, yang tinggal di flat Bukit Batok bersama suami, kakak dan ayahnya, memberitahu bahawa dia dan suaminya sama-sama menganggur.
Keluarga ini bergantung kewangan terhadap kakaknya yang merupakan pekerja tunggal dalam keluarga.
Menurut Puan Yang, lelaki yang menjual ‘air suci’ itu berasal dari Indonesia dan berusia sekitar 50 tahun.
Dia memberitahu bahawa sejak beberapa bulan lalu, kakaknya telah mengadu dimana rumah mereka itu ‘kotor’ dan terdapat sesuatu yang telah menarik kakinya ketika dia tidur.
Alhamdulillah semoga bertambah baik
Alamak! Korang uang ambil Astrazeneca ni ada apa-apa kesan ke?
Takpelah Afifah, tak ada rezeki.... Nanti boleh datang konsert dia okay!❤️❤️❤️
Alamak, takkanlah.. Kan buku puisi Daiyan tu nombor syatu?