Eat Travel By: Yanie Baharom August 6, 2018 @ 3:00pm

TeddyVille Museum Imbau Kehidupan Nostalgia Zaman Kanak-Kanak Pengunjung

Anda punya teddy bear? Penulis juga punya teddy bear yang kemas disimpan sehingga hari ini walaupun hayatnya sudah melebihi 30 tahun.

Tidak dinafikan teddy bear atau patung beruang, dianggap sahabat setia bagi kebanyakan kanak-kanak sehinggakan ke mana saja kita pergi ia pasti dikelek bersama sampaikan waktu tidurpun pasti ditemani patung beruang.

Teddy bear sememangnya mempunyai sentimental tersendiri dalam kehidupan sesiapapun terutamanya kanak-kanak perempuan. Justeru tidak menghairankan mengapa TeddyVille Museum yang terletak di Batu Feringhi, Pulau Pinang ini tidak henti-henti dikunjungi orang ramai sejak ia dibuka.

Foto: iblogmyway

Dengan keluasan 9,000 kaki persegi, anda dapat melihat lebih 1,000 patung beruang pelbagai saiz dan bentuk di sini. Bahkan ia bukan sahaja yang pertama seumpamanya di Malaysia, malah terbesar di negara ini.

Tidak sekadar dipamerkan, patung-patung comel itu turut digunakan sebagai medium penceritaan mengenai sejarah, budaya, makanan dan kehidupan masyarakat di Pulau Pinang.

Selain patung yang dipamerkan di dalam cermin kaca, terdapat juga patung yang diletakkan di luar dan menjadi rebutan pengunjung untuk merakam foto bersama khususnya yang bersaiz gergasi.

Foto: hasifhamsyari.com

Paling mencuri tumpuan ialah seksyen ‘miniature’ yang mempamerkan tarikan di negeri itu dalam bentuk model mini yang sangat comel.

Ia juga didatangkan dengan penerangan di dinding mengenai sesuatu sejarah, peristiwa, lokasi dan maklumat-maklumat lain bagi memberi kefahaman kepada pengunjung. Di mana informasi yang disertakan meningkatkan lagi pengetahuan mengenai budaya dan sejarah Pulau Pinang.

Seksyen seterusnya, terdapat teddy bear bersaiz manusia dalam pelbagai aksi. Ada yang sedang mencanting batik, mendayung perahu, menggunting rambut, membaca akhbar dan sebagainya.

Foto: Jay Chha the Blogger

Ia juga diletakkan secara terbuka bagi memberi peluang kepada pengunjung untuk beraksi mengikut perbuatan teddy bear berkenaan dan merakam foto kenangan.

Malah, ia turut menempatkan kedai yang menjual pelbagai cenderamata yang pastinya membuat anda rambang mata.

Bagi yang berminat untuk ke TeddyVille, ia terletak di dalam DoubleTree Resort by Hilton, Batu Feringhi, Pulau Pinang. Tiket bagi kanak-kanak dijual pada harga RM25 manakala RM36 bagi dewasa.

Foto: I Blog My Way

Sumber: mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Thu, 26 Jul 2018
Eat Travel Fri, 3 Apr 2020
Eat Travel Fri, 25 May 2018

Buka Puasa Dengan Crème Caramel Yang Lembut Dan Lazat Ini, Senang Saja Nak Buat!

Dahlah lembut bagai sutera, rasa pun tak manis sangat. Oooh, sedap!

Eat Travel Tue, 12 Mar 2019

Jangan percaya pada label! Ketahui 5 taktik penipuan syarikat makanan

Pengguna wajib membaca label, ini sebabnya.

Eat Travel Tue, 11 Jun 2019

Peminat durian, IKEA kini tawarkan rangkaian pemanis mulut bertemakan buah ini!

Macam-macam ada dan semuanya tampak menarik, jadi jom cuba!

Eat Travel Wed, 12 Feb 2025

Terus Kembangkan Sayap Cawangan Keempat, Jom Nikmati Sajian Stik & Udang Kara Premium di Elmina

Kay’s Steak & Lobster kini meluaskan operasi dengan pembukaan cawangan keempat di Elmina Temu, Shah Alam.

Acara Tue, 26 Nov 2019

Millac dan Millac Gold, krim bernutrisi tinggi

Sesuai untuk pelbagai jenis hidangan

Eat Travel Tue, 4 Dec 2018
Eat Travel Sat, 28 Sep 2019

Cara yang kreatif untuk anda memasak kubis bunga

Bukan sekadar lazat malah baik untuk kesihatan anda!

error: Content is protected !!