Euforia Bola 2026
Featured By: Maya Basir April 10, 2022 @ 6:36pm

“Tempat Tak Pernah Saya Pergi, Tetapi…” – Daiyan Trisha Ambil Peluang Tunai Umrah Bersama Keluarga

Penyanyi dan pelakon Daiyan Trisha kini sedang menunaikan ibadah umrah bersama keluarganya.

Menerusi perkongsian di Instagram, Daiyan menceritakan mengenai perjalanannya ke Tanah Suci Makkah.

“Saya akan berada di New York atau Los Angeles lima hingga enam kali setahun, kemudian ke Marrakesh, seminggu di Seoul dan di Tokyo seminggu selepas itu.

“Saya lebih banyak berada di luar negara berbanding di Malaysia. Mengembara sudah menjadi satu-satunya perkara yang saya nanti-nantikan.

“Apabila pandemik berlaku, saya tidak dapat mengembara lebih dari dua tahun dan rindu untuk terbang seperti dulu.

“Saya sangat rindu untuk terbang tetapi apabila sempadan dibuka, dan diberi peluang untuk kembali melancong, saya tiba-tiba merasakan tidak bersedia dan seperti ada sesuatu yang menghalang.

“Sama ada saya terlalu sibuk, atau mempunyai perancangan lain, saya tidak ada rasa untuk pergi (luar negara) lagi.

“Ada sesuatu di hati saya yang menginginkan sesuatu yang istimewa dan berharga untuk saya ke luar negara.

“Ini dia. Tanah Suci. Tempat yang paling indah untuk saya kunjungi. Sepatutnya saya tahu itu. Tempat yang tidak pernah saya pergi, tetapi sangat saya rindukan. Saya tidak pernah menginginkan untuk berada di sesuatu tempat seperti yang saya rasakan sekarang,” tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Daiyan Trisha (@daiyantrisha)


Daiyan juga memohon agar semua pengikutnya mendoakan keselamatan mereka sekeluarga dan mendapat umrah yang mabrur dan diberkati.

“Ya Allah Ya Tuhanku, terima kasih kerana menerimaku sebagai tetamu-Mu dalam bulan yang mulia ini. Terima kasih kerana menjemputku ketika aku akan sangat memerlukan-Mu.

“Rasanya seperti aku sudah lama menunggu saat ini, seperti Engkau yang sedang menungguku,” tulisnya.

Di ruangan komen, rakan selebriti seperti Alif Satar, Eyka Farhana, Intan Najuwa dan pengikutnya mendoakan agar segala urusan umrah Daiyan dan keluarga dipermudahkan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 24 Oct 2019
Hiburan Thu, 16 Oct 2025

Balasan Itu Benar! ‘Qifarah’ Hantui Pawagam Dengan Cerita Dosa & Penyesalan

Filem Qifarah penuh elemen seram, saksikan di pawagam terdekat anda!

Hiburan Tue, 2 Apr 2019
Hiburan Mon, 3 Dec 2018

Nak Tahu Apa Misi Terbaru Ejen Ali?

Tak sabar nak tengok Ejen Ali The Movie. Tunggu okay!

Hiburan Sun, 16 Feb 2025

Ernie Zakri Terkejut Dituduh Sukar Menerima Teguran, Mohon Maaf Jika Ada Yang Tersinggung

Ernie Zakri mohon maaf, akui khilaf sebagai manusia biasa

Eat Travel Thu, 9 Apr 2020
Hiburan Fri, 11 Oct 2024

“Banyak Gila Akaun Media Sosial Terlibat”- Rosyam Nor Buat Laporan Polis

Haa, kan dah mendapat! Kena lah berrtanggungjawab dengan apa yang anda buat.🔥🔥

#tilljannah Sat, 10 Dec 2022

Safawi Rasid Beri Syifa Melvin Gift Di Live TikTok, Netizen Cakap Sweet!

Pasangan pengantin baru, Syifa Melvin dan Safawi Rasid sekali lagi mencuri tumpuan netizen kerana gelagat manis mereka di media sosial. @fatinhananie Bersemut lah screen phone kita dengan pengantin baru #syifawi ni 😍 #syifamelvin #tiktokviral #racuntiktok […]

error: Content is protected !!