Euforia Bola 2026
TECH By: SGMS Putri July 6, 2018 @ 4:42pm

Tencent Bercadang Untuk Lancarkan Satu Lagi Permainan Game of Thrones Mobile

Berita baik untuk peminat siri popular HBO, Game of Thrones apabila pembangun aplikasi terkemuka dari China, Tencent bercadang untuk menghasilkan satu permainan video mudah alih untuk siri berkenaan. Permainan berkenaan akan dinamakan sebagai Game of Thrones : Winter is Coming.

Permainan video ini akan dibangunkan oleh Yoozoo, di mana syarikat yang berasal dari Shanghai itu telah pun menandatangi perjanjian untuk menghasilkan permainan berkenaan dengan Warner Bros. Buat masa ini, Tencent dikatakan akan melancarkan permainan berkenaan untuk pasaran China terlebih dahulu.

Sebelum ini, sebuah lagi permainan mudah alih Game of Thrones telah diperkenalkan oleh Warner Bros. sendiri iaitu Game of Thrones : Conquest. Permainan video ini sudah boleh dimuat-turun oleh pengguna Android dan iOS sejak beberapa bulan yang lalu.

Tencent mula terkenal dengan pelancaran beberapa aplikasi mereka sebelum ini seperti PUBG Mobile dan WeChat. Mereka juga merupakan syarikat yang bertanggungjawab dalam membawa pesaing terkuat PUBG, Fortnite ke pasaran China awal tahun ini.

Kami harapkan Tencent turut membawa permainan ini dan permainan Red Alert Online ke pasaran global pada masa akan datang. Jika tidak, ia pasti mengecewakan peminat-peminat mereka.

Sumber

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Wed, 18 Jul 2018

MediaTek Umum Cip Helio A22 Bagi Segmen Bajet

MediaTek boleh dikatakan banyak menawarkan cip pemprosesan dalam segmen bajet dan pertengahan. Semalam, sebuah lagi cip dalam keluarga bajet dikeluarkan yang mana ia dibangunkan bagi memberi saingan kepada Snapdragon siri 400 dari Qualcomm. Dikenali sebagai Helio A22, […]

TECH Sat, 24 Aug 2019

Gunakan Emoji Didalam MacOS

Mula-mula saja susah sekali dah cuba mesti senang kan!

TECH Mon, 16 Apr 2018

Spotify Perkenalkan Wajah Baru Aplikasi Mudah Alih

Apa sahaja tujuan sebenar Spotify menganjurkan majlis ini tentu ditunggu-tunggu oleh penggemar muzik serta para pesaing Spotify yang turut berada dalam industri penstriman muzik.

TECH Fri, 24 Nov 2017

Cara Hantar “Sticker” Melalui Aplikasi WhatsApp

Jika Facebook terkenal dengan fungsi “Sticker”-nya, mesti ada yang kurang berpuas hati kerana aplikasi Whatsapp tidak menyediakan fungsi “Sticker” sebagai nilai tambah pada penggunanya. Kerana boleh dikatakan hampir semua aplikasi berbual yang lain sudah menyediakan kemudahan […]

TECH Fri, 13 Apr 2018

Akibat Kesilapan ‘Typo’ Seorang Pekerja, Samsung Rugi RM 543 Billion

Samsung hari ini telah mengalami kerugian sekitar RM 543 billion (~$140 billion) akibat daripada kesalahan mudah salah seorang pekerja mereka. Pekerja tersebut dikatakan telah tersalah taip atau typo dengan telah mengagihkan 2.8 billion unit saham kepada semua […]

TECH Sun, 10 Jun 2018

Jadikan Whatsapp Anda Sebagai Carian Wikipedia

Berikut kami kongsikan salah satu fungsi yang mana anda boleh jadikan Whatsapp sebagai ejen carian maklumat Wiki.

TECH Thu, 1 Feb 2018

GET YOUR LAST-MINUTE CNY SHOPPING DONE AT CJ WOW SHOP

Chinese New Year is just around corner and there’s lots more to buy before the holidays come around. Do some last-minute shopping on CJ WOW Shop from the comfort of your own home.

TECH Sat, 11 Aug 2018

Cara Menghapus Aplikasi Bawaan di Android Tanpa Root

Jika smartphone Anda termasuk yang memiliki banyak bloatware dan ingin menghilangkannya

TECH Tue, 5 Dec 2017

IMBASAN TAPAK TANGAN HADIAH DARI SAMSUNG

Kalau Apple memperkenalkan sistem thumbprint dan face ID untuk Iphone keluaran terbarunya, kali ini Samsung pula bakal menaik taraf telefon keluarannya dengan memperkenalkan sistem imbasan tapak tangan. Menarik bukan?

TECH Wed, 18 Jul 2018

Bocoran Imej Memperlihatkan Panel Hadapan iPhone 2018

Bagi anda yang tidak sabar-sabar untuk menanti kedatangan iPhone 2018, foto yang baru tertiris ini mungkin boleh mengubat kerinduan. Foto menunjukkan tiga keping panel hadapan itu didakwa akan dipasang pada model-model iPhone keluaran tahun ini. Kelihatan rekaan takuk masih […]

error: Content is protected !!