Euforia Bola 2026
Eat Travel By: tex_admin April 29, 2018 @ 9:00am

Teringin Nak Makan Cakoi Yang Lembut? Ini Resepi Power Untuk Anda

Anda suka makan cakoi tak? Kalau suka kita geng! Biasanya, cakoi ini ada dijual di pasar malam atau kedai-kedai tepi jalan. Tapi tidak semua cakoi yang dijual itu lembut dan sedap. Penulis pernah beli cakoi yang liat apabila dimakan, terus potong selera!

Sekarang kalau penulis teringin nak makan cakoi, penulis buat sendiri dekat rumah. Bukan sahaja sedap tapi sangat lembut apabila dimakan! Kalau nak lebih sedap lagi, anda boleh cicah cakoi ini dengan coklat, kaya dan sebagainya. Anda mesti nak tahu cara nak buat cakoi yang lembut dan gebu gebas ini kan? Nah! Ini resepi yang boleh anda buat dekat rumah.

Bahan-bahannya:

2 cawan tepung gandum

3/4 cawan air suam

1/2 sudu kecil yis

2 sudu besar gula

1 1/2 sudu besar minyak jagung

1/2 sudu kecil garam

Cara-caranya pula:

1. Masukkan gula dan yis ke dalam mangkuk yang berisi air suam. Kacau dan biarkan yis tersebut kembang. Lebih kurang 15 minit.

2. Satukan tepung, minyak jagung dan garam ke dalam bekas besar.

3. Masukkan yis yang telah kembang tadi ke dalam bekas tepung. Uli adunan sehingga tidak melekat di tangan dan menjadi doh.

4. Perap dan biarkan doh sehingga naik 2 kali ganda lebih kurang dalam 1 jam.

5. Tumbuk doh yang telah kembang untuk mengeluarkan angin.

6. Canai doh secara memanjang. Ketebalannya lebih kurang 1 cm. Kemudian potong kecil-kecil secara melintang. Letakkan sedikit air di bahagian tengah doh yang telah dipotong kecil dan lapik kepada dua.

7. Seterusnya, perap doh sekejap lebih kurang 5 hingga 10 minit supaya lebih kembang.

8. Tarik doh memanjang dan terus goreng di atas pan dengan api yang sederhana kecil.

Penulis nasihatkan jangan guna air yang terlalu panas untuk mengelakkan yis mati. Anda perlu uli adunan cakoi tersebut untuk mendapatkan tekstur yang lembut. Anda juga boleh tengok video ini untuk ketahui dengan lebih jelas cara nak buat cakoi ini.

Mudah sahaja nak buat cakoi ini, cuma ia memerlukan sedikit masa untuk menyiapkannya. Tapi, apabila dah siap memang akan puas hati kerana cakoi yang anda buat lebih sedap berbanding cakoi yang dijual di pasar malam! Kalau tak percaya cubalah!

Sumber: Buat Orang Lapo

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Sat, 23 May 2020
Eat Travel Fri, 31 May 2019
Eat Travel Wed, 11 Mar 2020
Eat Travel Tue, 19 Mar 2019

Salahkah beri makan kekacang kepada bayi ekzema? Ini jawapannya

Ramai orang menganggap kekacang tidak baik untuk anak mereka.

Eat Travel Tue, 25 Sep 2018
Eat Travel Wed, 24 Jul 2019

Pernah tak anda makan pulut mangga, tetapi dalam versi bebola goreng?

Sentuhan unik ini pasti memikat! Jom cuba buat.

Eat Travel Thu, 17 May 2018

Menu Ala Shell Out Jadi Kelainan Bufet Ramadan Hotel Sheraton Imperial Kuala Lumpur

Bertemakan “Ramadhan Chefs Out”, cara ia dipersembahkan kepada pelanggan dan tetamu juga amat istimewa di samping menyajikan lebih 300 hidangan enak yang pasti menambat selera.

Eat Travel Tue, 12 Jun 2018

Hidangan Ayam Masak Merah Menu Wajib Pagi Raya

Tak lengkap rasanya raya kalau tak makan ayam masak merah!

Eat Travel Tue, 19 May 2020
error: Content is protected !!