Euforia Bola 2026
Kisah Viral By: Nurul Hana June 20, 2023 @ 5:49pm

Terkena Jangkitan ‘Rabies’, Nasib Kanak-Kanak Digigit Anjing Liar Raih Simpati Ramai

Baru-baru ini, tular di media sosial menunjukkan seorang kanak-kanak yang mengalami simptom terakhir penyakit rabies atau lebih dikenali sebagai anjing gila.

Menerusi perkongsian di TikTok, kanak-kanak tersebut sedang diberi air minuman namun dia terus menunjukkan simptom hydrofobia atau fobia terhadap air.

Bukan itu sahaja, dia juga mengalami kekejangan seperti sawan setiap kali cuba untuk minum air.

@incess.erlatih #viral anak kecil meninggal akibat gigitan #anjingrabies #waspada #anjingrabies #fyp #trending #viral #viralvideostiktoks ♬ suara asli – ⚘⍨⃝▓

Simptom terakhir hydrofobia ini akan mengakibatkan mangsa sentiasa haus tetapi akan mendapat sawan atau kekejangan selepas cuba meminum air.

Apa yang yang lebih membuatkan warganet bersimpati apabila ibunya bertungkus lumus memeluk anaknya yang sedang bertindak balas terhadap air.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet sedih melihat keadaan kanak-kanak berkenaan malah, ramai yang mendoakan kesihatannya.

“Ya Allah, berikan lah kesembuhan untuk adik ini. Allahukabar, sedih aku tengok budak tu. Beginilah sebab aku takut betul dgn anjing, walaupun anjing tu kecil, sumpah takut,” tulis netizen.

Menurut laman web Kementerian Kesihatan Malaysia, rabies atau penyakit anjing gila merupakan penyakit sistem saraf yang berpunca daripada jangkitan virus Lyssavirus melalui gigitan haiwan seperti anjing, monyet, kucing, kelawar, dan tupai liar.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Mon, 13 Feb 2023
Hiburan Wed, 27 May 2026

Komposer Kongsi Kisah Sebenar Di Sebalik Singe Baharu Danial Kifli ‘Ku Yang Berjuang’ – “Dia Pergi Waktu Saya Nazak”

Ku Yang Berjuang nyanyian Danial Kifli sudah mula mencuri perhatian ramai apabila berjaya memasuki carta trending selain tular di media sosial.

Hiburan Mon, 29 Jun 2026

“MV Lalu Dua Saat Je, Saya Tak Cukup Berjaya Ke?” – Wani Kayrie Terkilan, Dakwa Pencapaian Karya Muzik Tidak Dihargai

Wani berkata dia pada awalnya teruja apabila montaj berkenaan memaparkan pencapaian video muzik milik barisan alumni program itu.

Featured Tue, 23 May 2023

Shaheizy Sam Belanja ‘Six Packs’ Dalam Filem Atas Tuntutan Kerja – “Isteri Terpegun, Dia Suka Effort Saya Bila…”

Sam belanja six packs mereciks! Memang terbaik lah Inspektor Khai dalam Polis Evo 3!

Featured Wed, 22 May 2024
error: Content is protected !!