Euforia Bola 2026
Trending Hari Ini By: Syafiqa Irdina May 27, 2020 @ 10:00am

[TERKINI] Jangan Takut Dikenakan Kompaun, Pekerja Swasta Berisiko Dipecat Kalau Tak Datang Kerja

Ambil perhatian semua!

Pekerja swasta yang melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sehingga terperangkap di kampung, berdepan risiko boleh dibuang kerja jika tidak hadir bertugas selama lebih dua hari berturut-turut.

Oleh itu, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, mana-mana pihak yang sudah pulang ke kampung sempena cuti perayaan, dinasihatkan untuk tidak takut dengan kompaun dan tindakan undang-undang, dan mereka perlu pulang ke kota untuk menyambung tugasan serta pekerjaan, seperti biasa.

“Kalau lolos dahulu, mereka cekap. Tetapi ketika balik tidak dapat lolos, mereka akan diambil tindakan polis. Jadi, bayar sahajalah kompaun. Jangan sampai tidak pulang. Jangan sebab takutkan dikompaun, tidak balik dan akhirnya hilang pekerjaan,” katanya semalam.

Tambah beliau, kerajaan tidak menghalang mereka untuk kembali pulang bekerja, tetapi tindakan yang bakal dikenakan terpulang kepada polis, memandangkan sekatan jalan raya akan terus dikekalkan.

Peringatan itu turut diberikan oleh Pengarah Eksekutif Persatuan Majikan Malaysia, MEF, Datuk Shamsudin Bardan.

“Pekerja swasta yang gagal datang bekerja lebih 2 hari berturut-turut tanpa mendapat cuti terlebih dahulu dan tanpa sebab munasabah, boleh ditamatkan perkhidmatan kerana telah melanggar perjanjian perkhidmatan.

Pekerja swasta berada di luar daerah dan tidak dapat kembali di tempat kerja dikira telah melanggar peruntukan PKPB dan ini adalah menjadikan satu lagi sebab kenapa mereka boleh dibuang kerja,”katanya.

Tindakan itu boleh dilakukan mengikut Seksyen (2) Akta Kerja 1955 yang memperuntukkan seorang pekerja dianggap melanggar perkhidmatannya jika tidak hadir bekerja lebih 2 hari berturut-turut tanpa pemakluman awal kepada majikan.

Untuk makluman penuh, korang boleh tonton video di bawah:

Sumber: Youtube Buletin TV3

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 7 Apr 2022
Events Thu, 12 Jul 2018

Tuah Anak Yatim Berkunjung Ke Sunway Lagoon!

Rumah Anak-Anak Yatim Damai, Kuang berpeluang untuk menikmati keseronokan yang mereka tidak pernah rasai dengan anjuran dari pihak Sunway Lagoon…

Featured Mon, 23 Dec 2024

“Jangan Biar Hati Tu Membusuk” – Abby Abadi Tegur Netizen, Kecewa Masih Ada Yang Kutuk & Caci Maki Marissa Dania

Sana sini masih ada yang kutuk, caci maki anak saya. Cara komen tu konon paling tersakiti- Abby Abadi

Hiburan Mon, 1 Jan 2018

‘ODE TO SPRING’ KEITH KEE INSPIRASI CHEONGSAM MODEN

Tambah Keith, beliau lebih suka kepada lukisan klasik berbentuk burung-burung Cina yang tidak terlalu berat untuk diserapkan ke dalam setiap rekaannya

Featured Tue, 18 Oct 2022

Beri Dua Pandangan Peribadi, Azhar Sulaiman ‘Berani’ Kritik Busana Aina Abdul?

Alamak, pedas jugak Azhar komen pasal busana Aina Abdul… Fuhhh 🥵🥵

error: Content is protected !!